Foto perkahwinan Tony Fernandes dengan wanita Korea tular di media sosial

Astro Awani
Oktober 15, 2017 08:35 MYT
Tular di media sosial ialah beberapa rakaman gambar perkahwinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. - Sumber: Media Sosial
Tular di media sosial foto perkahwinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dengan wanita pilihannya, warganegara Korea, Chloe.
Majlis perkahwinan yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat itu dilaporkan telah diadakan di Cote d’Azur, Perancis.
Pasangan itu dikatakan mula rapat lebih dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga.
Tony dilihat memakai suit tiga lapis dan pasangannya pula berkelihatan bagai bidadari dalam gaun berwarna putih.
Bagaimanapun tidak banyak yang diketahui tentang Chloe, yang berusia 20-an itu.
Sumber terdekat syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia ketika dihubungi Astro AWANI enggan mengulas lanjut berkenaan perkahwinan berkenaan.
Antara tetamu VVIP yang menghadiri majlis itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa, Tan Sri Rafidah Aziz.
Di media sosial, netizen mula mengucapkan tahniah buat Tony dan pasangan.

@AirAsia topgun, Mr. Tony Fernandes has married his Korean girlfriend. Well that what most men want right? Korean soulmate. Hah pic.twitter.com/gu7lJlov2d

— ben (@damnitbennnnnn_) October 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@tonyfernandes congrats to both of uuuuuu... may both of u be blessed always pic.twitter.com/0tFEApF8F5

— Muhd Dinesh (@MuhdDinesh) October 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Congratulations Tan Sri @tonyfernandes_ pic.twitter.com/4iorIZgURA

— Firdaus Abdullah (@firdyfire) October 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Congrats boss @tonyfernandes pic.twitter.com/zm4UsOeH2b

— Baladave Sathuraman (@Baladave11) October 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AirAsia #media sosial #perkahwinan #Tony Fernandes