[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
LIFESTYLE

Gadis 'hot' tidak segan tolong ibu jual ikan di pasar

Astro Awani 09/12/2018 | 12:36 MYT
Liu menolak dakwaan kononnya kehadiran di pasar sebagai membantu publisiti kedai ibunya - Foto Facebook bcbcbabe1985
LIU PENGPENG, 26 tahun, kini menjadi selebriti internet selepas diisytiharkan sebagai 'penjual ikan paling menggiurkan'.
Menurutnya, dia hanya membantu ibunya semasa waktu lapang di kedai makanan laut milik keluarganya di daerah Changhua, Taiwan.
Video dan foto aksi wanita cantik itu memotong dan menyiang ikan mendapat perhatian sehingga tular di beberapa platform media sosial terutamanya di Facebook dan WhatsApp.
Liu aktif di media sosial menerusi videonya di Youtube - Foto Facebook bcbcbabe1985
Menerusi akaun Facebooknya, Liu menyifatkan foto yang tular mengenainya sebagai sesuatu yang mengejutkan dan tidak disangka.
Kecekapan liu menyiang ikan jadi perhatian ramai - Foto Facebook bcbcbabe1985
Ketika masa terluang, Liu akan membantu ibunya di pasar - Foto Facebook bcbcbabe1985
"Keluarga saya telah menjalankan perniagaan ini sejak empat generasi lalu dan ia berjalan dengan baik," katanya lagi.
Liu pada masa sama menolak dakwaan kononnya kehadirannya di gerai ikan ibunya, adalah untuk tujuan publisiti.
Selain itu, dia juga bekerja sebagai model sambilan serta 'YouTuber' yang kerap hadir di majlis promosi jenama-jenama terkenal di Taiwan.
#Liu Pengpeng #Menggiurkan #penjual ikan