Gadis manis Alyssa mahu bina rumah Planet Marikh

Agensi
Julai 21, 2018 04:39 MYT
Selain Carson, enam lagi duta dipilih untuk menjayakan misi Mars One misi membina penempatan manusia di Marikh menjelang 2033.
GADIS berusia 17 tahun ini bukan hanya mempunyai matlamat besar tetapi bertuah apabila bakal menjejakkan kaki ke Marikh pada tahun 2033.
Alyssa Carson dari Louisiana sedang membuat persiapan untuk menjadi manusia pertama menjejakkan kaki di Marikh. Dia sedang menjalani latihan untuk menjadi angkasawan sebelum pergi ke planet merah itu.
Menurut Carson, dia telah memasang impian untuk ke Marikh ketika berusia tiga tahun selepas menonton rangan The Backyardigans.
"Apabila tiba di Marikh nanti saya tidak sabar membina rumah dan terus bereksperimen. Contohnya seperti air, cuba untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Marikh dan sistem suria kita sebagai keseluruhan.
“Saya sanggup mempelajari astrobiologi agar matlamat utama ken sana dapat dicapai,” katanya menerusi temubual di satu stesen radio tempatan baru-baru ini.
Carson turut berkongsikan pengalamannya yang sedang menjalani latihan sebagai persediaan ke Marikh.
Jelasnya, sepanjang latihan di Akademi Possum itu memberikan fokus kepada kajian di atmosfera dan persedian di ruang angkasa.
“Saya menjalani latihan seperti graviti mikro, latihan survival dasar laut, latihan penyahmampatan dan banyak lagi," ujarmya.
Carson juga berharap misi ke Marikh dapat berlangsung dengan jayanya agar selepas ini banyak lagi planet yang boleh dijejaki generasi akan datang.
Gadis manja ini juga berharap agar selepas penerokaan Planet Marikh, ada akan generasi yang menjejakkan kaki ke Planet Musytari atau planet-planet lain
Selain Carson, enam lagi duta dipilih untuk menjayakan misi Mars One – misi membina penempatan manusia di Marikh menjelang 2033.
#air #Alyysa Carson #Amerika Syarikat #angkasawan #Marikh #mars #NASA #Planet Marikh #rumah