[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
LIFESTYLE

Gadis Melayu berhijab pertama sertai Miss Universe New Zealand

Syafik Shukri Jalil 03/06/2018 | 04:59 MYT
Nurul Shamsul merupakan seorang penuntut di University of Waikato. Instagram @nurulzbshamsul
PENYERTAAN peserta wanita beragama Islam dan berhijab dalam pertandingan ratu cantik bukanlah sesuatu yang baharu.
Halima Aden, peserta separuh akhir Miss Minnesota USA 2016, merupakan contoh terbaik yang berjaya membawa imej ratu cantik beragama Islam yang berhijab dengan sempurna.
Begitu juga dengan pertandingan Puteri Indonesia, di mana saban tahun beberapa peserta yang dipilih mewakili wilayah tertentu juga tampil berhijab.
Namun pertama kali dalam sejarah, apabila seorang gadis Melayu berdarah campuran Indonesia yang berasal dari Malaysia berjaya disenarai pendek sebagai peserta Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand.
Nurul mengharapkan yang terbaik setelah dipilih sebagai salah seorang finalis dan berterimakasih kepada penyokongnya di Instagram. Instagram @nurulzbshamsul
Nurul Shamsul, 20 tahun, dilahirkan di Ampang, Selangor, dan dibesarkan di New Zealand, merupakan peserta berhijab pertama yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik tersebut.
Menerusi beberapa entri di laman media sosial miliknya, Nurul menyifatkan penyertaannya itu sebagai sesuatu yang memecahkan stereotaip dan berharap agar niatnya itu tidak disalah tafsir.
Beliau mengakui mempunyai ibu berketurunan Indonesia dan ayahnya seorang rakyat Malaysia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Nurul yang juga penuntut di University of Waikato juga berharap agar erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.
Satu-satunya wakil New Zealand yang berjaya dinobatkan sebagai Miss Universe sebelum ini ialah Lorraine Elizabeth Downes pada 1983.
Nurul Shamsul bersama finalis Miss Universe New Zealand. Instagram @nurulzbshamsul
#lorraine elizabeth downes #Miss Universe #miss universe new zealand #nurul shamsul #university of waikato