'Gajah goreng kunyit' jadi tumpuan media sosial

Astro Awani
Mac 19, 2019 07:05 MYT
Perbualan bernada gurauan berkenaan resipi 'gajah goreng kunyit' undang ketawa netizen, malah turut diulang kicau akaun Twitter Adabi. - Twitter Adabi Consumer
LAMAN sosial hari ini kecoh dengan perbualan netizen berhubung rawatan kulit seekor gajah menggunakan serbuk kunyit Adabi.
Ramai yang terkejut apabila mengetahui bahan yang biasanya dimasukkan sebagai ramuan dalam pelbagai jenis masakan, sebenarnya mempunyai banyak khasiat lain, terutama untuk kesihatan dan kecantikan.
Paling menggelikan hati adalah perbualan berantai berikut yang sempat diulang kicau oleh akaun Twitter rasmi Adabi sendiri.

Resepi baru Serbuk Kunyit Adabi P.S: cute sangat kot gajah tu, sampai hati korang siap buatkan resepi pic.twitter.com/jVs26gmLDH

— Adabi Consumer (@AdabiMY) March 19, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perbualan bernada gurauan berkenaan resipi 'gajah goreng kunyit' itu disertai beberapa netizen, seolah-olah mereka berada dalam sebuah program masakan.
Turut mendapat perhatian adalah pantun empat kerat yang dimuat naik Adabi.
Dalam entri mereka sebelum ini, Adabi menjelaskan beberapa khasiat tambahan serbuk kunyit yang tidak diketahui ramai, antaranya merawat luka kecil, gigitan serangga dan agen pemutih kulit.
Adabi turut memaklumkan kaedah melumur kunyit pada kulit gajah sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit baik untuk kulit gajah.
#Adabi #gajah #haiwan #kulit #laman sosial #media sosial #serbuk kunyit #Twitter