KELETAH kanak-kanak adalah perkara yang paling mencuit hati dan disukai kebanyakan individu. Namun bukan semua perkara boleh dikongsi di media sosial, terutamanya gambar anak tantrum.
Mengapa?
Rata-rata ibu bapa, khususnya golongan ibu gemar berkongsi gambar anak mereka di media sosial, tidak kiralah selebriti mahupun individu kebanyakan.
Perkara ini dikenali dengan istilah sharenting. Umumnya, tujuan utama perkongsian seperti itu dilakukan adalah untuk disimpan sebagai kenangan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gambar yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum, antaranya seperti gambar anak sedang meragam.
Bagi ibu bapa, berkongsi gambar anak tantrum mungkin dianggap sebagai jenaka.
Namun, adakah anda sedar perkongsian gambar seperti itu akan membawa impak yang besar kepada si kecil apabila dewasa nanti?
Ataupun ia mungkin akan di salah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga boleh menyebabkan wujudnya rasa malu kepada anak?
Anda mungkin sedang mengalami tekanan disebabkan kerja pejabat yang bertimbun. Pulang ke rumah pula, si kecil meragam kerana kehendaknya tidak dipenuhi sehingga menangis. Nah, peluang terhidang di depan mata.
Anda pun terus memegang telefon dan merakam gambar anak yang sedang menangis tersedu-sedu. Lalu membuat perkongsian di media sosial dengan #tantrumgedik.
Namun adakah itu yang sepatutnya anda lakukan?
Pastinya akan ada golongan ibu yang bertanya, mengapa tidak sepatutnya membuat perkongsian gambar anak yang sedang meragam mahupun tantrum?
Berikut disenaraikan 4 alasan:
Tugas seorang ibu, menaikkan semangat anak
Anda pernah mendengar istilah 'body-shaming'? Situasinya lebih kurang sama dalam hal ini, cuma ia melibatkan kanak-kanak, iaitu 'child-shaming'.
Ia boleh dianggap sebagai satu keadaan yang semakin berkembang di media sosial.
Tetapi apakah kesan jangka panjang daripada perbuatan itu kepada si kecil saat dia sudah meningkat dewasa nanti?
Bagaimana pula kesan perkongsian itu terhadap hubungan anda dan anak anda nanti?
Tidakkah anda sedar segala apa yang anda kirimkan di internet akan kekal selama-lamanya? Lebih-lebih lagi jika anda tidak memprivasikan akaun media sosial dan ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Jadi bukankah lebih baik untuk anda berkongsi gambar si kecil sedang menikmati dan bergembira dengan kehidupannya?
Ia adalah aura positif yang pasti akan melahirkan senyuman kepada anda dan anak anda saat mereka melihatnya satu hari nanti.
Ibu sepatutnya menenangkan anak
Jika si kecil sedang 'tantrum', manakala anda pula sibuk mengambil gambarnya, bukankah itu satu contoh yang tidak baik?
Pada tanggapan si kecil, ibunya mungkin lebih pentingkan telefon berbanding dirinya sendiri.
Adakah itu sesuatu yang baik untuk berlaku? Sudah tentulah tidak. Malah, penulis rasa kalau anda mengambil gambar anak 'tantrum', jeritan dan tangisan akan menjadi semakin kuat.
Jadi, sudah tentu ia bukanlah satu tindakan yang bagus. Ya, anda perlu memberi ruang untuk si kecil meluahkan apa yang dirasanya atau istilahnya kecerdasan emosi (EQ).
Namun, janganlah sampai mengambil gambar si kecil yang menangis itu.
Tidak semua harus dikongsikan
Kemunculan media sosial menyebabkan kebanyakan daripada kita berasakan setiap momen yang berlaku harus dikongsi dengan umum.
Tetapi hakikatnya, bukan semua. Bahkan, ada sesetengahnya hanya patut menjadi kenangan peribadi.
Saat berasa marah, kecewa, terluka harus dijadikan privasi dan rasa hormat, bukannya dikongsikan di Instagram atau Facebook.
Meletakkan diri sendiri
Apa kata golongan ibu sekalian letakkan diri di tempat anak, adakah anda mahu ibu anda berkongsi gambar anda menangis meraung di media sosialnya? Tidak, bukan? Jadi itu jugalah yang si kecil rasai.
Ada masanya kita akan mengalami rasa letih yang teramat sangat, sehingga 'moody' dan hanya ingin menangis. Anak anda juga begitu.
Jadi jika anda tidak mahukan gambar hodoh anda yang sedang menangis sehingga merosakkan solekan di wajah, mengapa anda harus berkongsi gambar si kecil yang sedang menjerit, menangis dan sebagainya?
Jadilah ibu yang bijak
Sebagai ibu atau bapa, apabila si kecil meragam, pastinya kita akan melihatnya sebagai 1 perkara yang comel, ditambah pula dengan raut wajah yang sedang merajuk.
Lebih seronok, jika perkongsian tersebut mendapat banyak likes dan komen.
Namun, percayalah, bukan semuanya perlu dikongsikan bersama umum, terutamanya gambar anak 'tantrum'. Berikan si kecil anda ruang peribadinya sendiri. Si kecil pasti akan menghargainya.
Sekiranya anda masih mahu mengambil gambar si kecil sedang menangis, terpulang. Tetapi cukuplah sekadar menjadikannya sebagai simpanan peribadi anda sendiri
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Artikel asal disiarkan di Pa&Ma
Pa and Ma
Mon Jul 26 2021
Saat berasa marah, kecewa, terluka harus dijadikan privasi dan rasa hormat, bukannya dikongsikan di Instagram atau Facebook. - Gambar hiasan
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Gambar anak menangis, 'tantrum' tak patut dikongsi di media sosial
Adakah anda sedar perkongsian gambar seperti itu akan membawa impak yang besar kepada si kecil apabila dewasa nanti?