awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gates kekal manusia terkaya dunia, Zuckerberg melonjak ke tangga ke-6

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
29/01/2016
03:20 MYT
Gates kekal manusia terkaya dunia, Zuckerberg melonjak ke tangga ke-6
Nilai kekayaan AS$78 bilion milik Gates antaranya diperoleh melalui pegangan saham tiga peratus dalam Microsoft. - Gambar fail
PENGASAS dan penasihat teknologi Microsoft, Bill Gates mengekalkan kedudukan sebagai manusia terkaya di dunia, lapor Bloomberg.
Nilai kekayaan AS$78 bilion milik Gates diperoleh melalui pegangan saham tiga peratus dalam Microsoft dan selebihnya merupakan harta yang dilabur dalam firma persendirian Cascade Investment LLC.
Mark Zuckerberg pula melonjak ke tangga keenam dalam Bloomberg Billionaire Index.
Pengasas Facebook itu menyaksikan peningkatan dagangan sebanyak AS$6 bilion selepas syarikat itu mengumumkan satu lagi perolehan suku tahunan yang memecahkan rekod, Khamis lalu.
Peningkatan tersebut menjadikan nilai kekayaan Zuckerberg pada AS$47.5 bilion, sekali gus mengatasi kekayaan adik-beradik David dan Charles Koch bernilai AS$45.9 billion.
Rabu lalu, Facebook mengumumkan perolehan suku keempat 2015 yang meningkat lebih 52 peratus dan keuntungan bersih yang meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Lebih 1.59 billion pengguna aktif mengakses Facebook setiap bulan.
Topic Berkaitan
#Mack Zuckerberg keenam terkaya dunia
#Mark Zuckerberg Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan