LIFESTYLE

Gaya tudung Nurul Izzah paling popular Aidilfitri ini?

Wafa Aula 25/05/2018 | 05:16 MYT
Nurul Izzah yang kerap dilihat tampil mengenakan tudung bawal dengan gaya tersendiri iaitu menyisipkan pin di kerudung bahagian pipinya telah menjadi perhatian ramai. - Foto www.nurulizzah.com
Menjadi seorang berpengaruh pasti tidak lari dari tumpuan masyarakat sama ada dari segi percakapan, idea mahupun penampilan.
Antara yang menjadi topik perbualan hangat di laman sosial ialah gaya tudung ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah yang kerap dilihat tampil mengenakan tudung bawal dengan gaya tersendiri iaitu menyisipkan pin di kerudung bahagian pipinya telah menjadi perhatian ramai dan dijangka bakal menjadi trend paling popular lebaran ini.
Nurul Izzah manis mengenakan kerudung berwarna kuning. - Foto Instagram Nurul Izzah
Nurul Izzah semasa beramah mesra dengan masyarakat sepanjang kempen pilihan raya lalu. - Foto Instagram Nurul Izzah
Nurul Izzah masih dilihat mengenakan tudung dengan gaya serupa semasa program larian. -Foto Instagram Nurul Izzah
Berikut adalah antara cakap-cakap netizen yang sempat kami kumpulkan mengenai gaya tudung Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Izzah pernah berkongsi tutorial tudung bersama-sama adiknya Nurul Ilham melalui akaun YouTube.
Rata-rata netizen memberikan respon positif mengenai video berdurasi 4:07 minit itu yang mendapat lebih daripada 120,000 tontonan.
Netizen memberikan respon positif mengenai video berdurasi 4:07 minit itu.
#fesyen lebaran #Gaya tudung #Izzah #Malaysia Memilih #Nurul Izzah #Ramadan #Raya