GAYA HIDUP

Gementar tidak halang Syed Saddiq jaring gol

Madiha Abdullah 15/09/2018 | 03:02 MYT
Syed Saddiq yang juga kapten pasukan, bersalam dengan kapten Dugong Allstars, Johan. - Instagram Syed Saddiq
BARU sahaja sebentar tadi, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menjaringkan dua gol untuk pasukannya, Pilihan YB Syed Saddiq, dalam perlawanan bola sepak menentang Dugong AllStars.

Perlawanan separuh masa kedua baru sahaja bermula dengan jaringan kini 2-1, dengan Akim Ahmad menjaringkan gol bagi Dugong Allstars.

Biarpun tidak dapat menyembunyikan rasa gementar sebelum perlawanan, Syed Saddiq yang kelibatnya sentiasa menjadi perhatian di atas padang, tetap dapat beraksi dengan baik.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BACA: Syed Saddiq digelar 'rock star', pakai 'name tag' di Hanoi

Perlawanan berlangsung di Stadium Muar.

Ikuti perlawanan separuh masa kedua di live TV Astro AWANI di pautan berikut: http://www.astroawani.com/live-tv




#Astro Awani #bola sepak #Menteri Belia dan Sukan #Muar #sukan #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman