KUALA LUMPUR: Platform beli-belah gaya hidup dan e-dagang, Go Shop menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma dan diskaun sehingga 50 peratus sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Menurut kenyataan akhbar Go Shop yang dikeluarkan pada Jumaat, perkhidmatan penghantaran secara percuma ke Sabah dan Sarawak itu berlangsung selama lima hari bermula 29 Mei sehingga 10 Jun 2021.

"Di ketika ramai pelanggan memilih untuk membuat pembelian tanpa perlu meninggalkan kediaman masing-masing, perkhidmatan penghantaran percuma Go Shop ini menjanjikan para pelanggan di Sabah dan Sarawak bakal menerima produk-produk yang asli serta berkualiti tinggi di musim perayaan ini kelak.

"Pelanggan boleh membeli-belah dalam suasana yang cukup selesa dari kediaman masing-masing, pada bila-bila masa dan menikmati tawaran potongan harga sehingga 50 peratus untuk seleksi barangan menarik, daripada perkakasan rumah, peralatan memasak dan dapur, fesyen, digital, produk kecergasan dan kesihatan serta banyak lagi dari Go Shop," kata Go Shop.

Tambah kenyataan itu lagi, pelbagai barangan lain turut ditawarkan termasuk seleksi barangan jenama kecantikan seperti Chriszen dan Laneige, produk terbaharu dan eksklusif dari Primada dan Akemi.

"Barangan terlaris sepanjang masa, Kissen dan Strom, produk peralatan memasak yang perlu ada buat semua, selain Copper Diamond dan mop istimewa, GoodSense," jelasnya.

Selain perkhidmatan penghantaran percuma ke Sabah dan Sarawak dan diskaun, pelanggan juga boleh menikmati  Go Points ‘cashback’ sehingga lima peratus apabila membuat pembelian di laman sesawang atau di aplikasinya.

"Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran boleh didapati di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop app di Google Play dan App Store.

"Pelanggan juga boleh mengikuti tawaran sama di Astro menerusi Go Shop RUUMA (Saluran 118), Go Shop GAAYA (Saluran 120), Saluran 111 dalam Bahasa Melayu dan di Saluran 303 untuk Bahasa Mandarin," tambah platform e-dagang itu.