GAYA HIDUP
Goodday KidSTART 3.0 cetus gelombang usahawan cilik nasional
Peserta Goodday KidSTART 3.0 bersama penganjur, panel juri dan rakan strategik bergambar kenangan sempena sidang media episod akhir program itu di ibu negara. - Gambar Goodday
KUALA LUMPUR: Program keusahawanan kanak-kanak Goodday KidSTART 3.0 terus mengukuhkan peranannya dalam membentuk generasi usahawan muda apabila buat julung-julung kalinya diterbitkan sebagai siri televisyen nasional, sekali gus memperluaskan pendedahan dan impak pembangunan bakat keusahawanan kepada kanak-kanak di seluruh negara.
Ringkasan AI
Edisi ketiga program ini mencatat pencapaian tersendiri dengan merekodkan penyertaan tertinggi setakat ini, melibatkan lebih 8,000 kanak-kanak dari seluruh Malaysia, sekali gus mencerminkan penerimaan meluas terhadap konsep keusahawanan awal dalam kalangan keluarga dan pendidik.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, berkata Goodday KidSTART bukan sekadar sebuah pertandingan, malah platform pembelajaran holistik yang membina keyakinan diri, kreativiti dan pemikiran keusahawanan kanak-kanak sejak usia muda.
“Pada tahun ini, kami mencatat penyertaan tertinggi dengan lebih 8,000 penyertaan dari seluruh Malaysia, dan ini menunjukkan idea kid-preneur benar-benar diterima baik oleh kanak-kanak, keluarga serta para pendidik,” katanya.
Menurutnya, kolaborasi bersama Astro sebagai rakan media strategik membolehkan perjalanan peserta didokumentasikan secara lebih menyeluruh dan dipersembahkan kepada penonton di peringkat nasional.
“Kami bekerjasama dengan Astro untuk menjadikannya sebuah program realiti supaya lebih ramai keluarga dan kanak-kanak dapat melihat sendiri bagaimana idea mereka sebenarnya mempunyai nilai dan potensi,” jelasnya.
Diterbitkan dalam format realiti empat episod, Goodday KidSTART 3.0 merakam perjalanan sebenar para peserta bermula daripada idea awal, proses pembangunan perniagaan, cabaran dunia sebenar sehinggalah pembentangan akhir di hadapan panel juri industri.
Kemuncak Goodday KidSTART 3.0 menyaksikan murid berusia 12 tahun dari SJK(C) Serdang Baru 1, Selangor, Pearl Liang dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM20,000 menerusi idea inovatif bertajuk “AI Unicorn.”
Idea berasaskan kecerdasan buatan (AI) itu direka untuk membantu pelajar mendapatkan saiz pakaian seragam sekolah yang sesuai, diilhamkan daripada pengalaman peribadi Pearl sendiri yang pernah berdepan kesukaran mencari pakaian seragam sedia ada yang benar-benar muat.
Penyelesaian tersebut bukan sahaja bertujuan meningkatkan keselesaan, malah membantu kanak-kanak tampil lebih yakin ketika berada di sekolah, sekali gus menarik perhatian panel juri industri daripada Cradle Fund Sdn Bhd dan Asia School of Business (ASB) yang memuji keyakinan, kejelasan pembentangan serta potensi aplikasi dunia sebenar idea berkenaan.
Mengulas pengalamannya, Pearl berkata penyertaan dalam Goodday KidSTART 3.0 memberi pendedahan bermakna dalam membina keyakinan diri, kemahiran pembentangan serta kepercayaan terhadap idea sendiri.
“Saya rasa sangat gembira dan juga terkejut kerana semua peserta mempunyai idea yang hebat. Saya hanya fokus untuk memperhalusi idea perniagaan saya dan menjawab soalan juri dengan sebaik mungkin,” katanya, sambil menyifatkan program itu sebagai platform pembelajaran yang membantu peserta berkembang dan percaya kepada potensi diri.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Mohammad Nukman, 12 tahun, dari SK Sungai Ara, Pulau Pinang, yang membawa pulang hadiah RM10,000 menerusi idea berteraskan kelestarian alam sekitar bertajuk “Food Rescue Hub.”
Konsep tersebut menggabungkan penggunaan teknologi AI dan dron bagi mengumpul lebihan makanan sebelum diproses menjadi baja organik, sekali gus menangani isu pembaziran makanan. Mohammad Nukman berkata penyertaannya membuka peluang kepada pengalaman baharu serta persahabatan di luar persekitaran sekolah.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Teo Kevan, 9 tahun, dari SJK(C) Kuen Cheng 2, menerusi idea “Furever,” iaitu pengalaman interaksi haiwan peliharaan jangka pendek yang membolehkan kanak-kanak menikmati aktiviti bermain secara berpandu sambil mempelajari asas penjagaan haiwan tanpa komitmen jangka panjang.
Program ini dinilai oleh barisan juri profesional terdiri daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Profesor Madya Asia School of Business, Dr Melati Nungsari; Ketua Pegawai Eksekutif Pandai & Zaki Founder, Khairul Anwar Mohamad Zaki; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd, Norman Matthieu Vanhaecke; serta selebriti terkenal, Datin Lisa Surihani.
Goodday KidSTART 3.0 turut disokong oleh rakan strategik termasuk Astro, Cradle Fund dan Asia School of Business, bagi menyediakan bimbingan, pendedahan industri serta pembangunan kemahiran keusahawanan secara menyeluruh.
Selari dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia, program ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan komunikasi berkesan, sekali gus memupuk generasi kanak-kanak yang lebih berkeyakinan, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Ringkasan AI
- Program keusahawanan kanak-kanak Goodday KidSTART 3.0 terus mengukuhkan peranannya dalam membentuk generasi usahawan muda apabila buat julung kalinya diterbitkan sebagai siri televisyen nasional, sekali gus memperluaskan pendedahan dan impak pembangunan bakat keusahawanan kepada kanak-kanak di seluruh negara.
- Edisi ketiga program ini mencatat pencapaian tersendiri dengan merekodkan penyertaan tertinggi setakat ini, melibatkan lebih 8,000 kanak-kanak dari seluruh Malaysia, sekali gus mencerminkan penerimaan meluas terhadap konsep keusahawanan awal dalam kalangan keluarga dan pendidik.
- Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, berkata Goodday KidSTART bukan sekadar sebuah pertandingan, sebaliknya platform pembelajaran holistik yang membina keyakinan diri, kreativiti dan pemikiran keusahawanan kanak-kanak sejak usia muda.
Edisi ketiga program ini mencatat pencapaian tersendiri dengan merekodkan penyertaan tertinggi setakat ini, melibatkan lebih 8,000 kanak-kanak dari seluruh Malaysia, sekali gus mencerminkan penerimaan meluas terhadap konsep keusahawanan awal dalam kalangan keluarga dan pendidik.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, berkata Goodday KidSTART bukan sekadar sebuah pertandingan, malah platform pembelajaran holistik yang membina keyakinan diri, kreativiti dan pemikiran keusahawanan kanak-kanak sejak usia muda.
“Pada tahun ini, kami mencatat penyertaan tertinggi dengan lebih 8,000 penyertaan dari seluruh Malaysia, dan ini menunjukkan idea kid-preneur benar-benar diterima baik oleh kanak-kanak, keluarga serta para pendidik,” katanya.
Menurutnya, kolaborasi bersama Astro sebagai rakan media strategik membolehkan perjalanan peserta didokumentasikan secara lebih menyeluruh dan dipersembahkan kepada penonton di peringkat nasional.
“Kami bekerjasama dengan Astro untuk menjadikannya sebuah program realiti supaya lebih ramai keluarga dan kanak-kanak dapat melihat sendiri bagaimana idea mereka sebenarnya mempunyai nilai dan potensi,” jelasnya.
Diterbitkan dalam format realiti empat episod, Goodday KidSTART 3.0 merakam perjalanan sebenar para peserta bermula daripada idea awal, proses pembangunan perniagaan, cabaran dunia sebenar sehinggalah pembentangan akhir di hadapan panel juri industri.
Kemuncak Goodday KidSTART 3.0 menyaksikan murid berusia 12 tahun dari SJK(C) Serdang Baru 1, Selangor, Pearl Liang dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM20,000 menerusi idea inovatif bertajuk “AI Unicorn.”
Idea berasaskan kecerdasan buatan (AI) itu direka untuk membantu pelajar mendapatkan saiz pakaian seragam sekolah yang sesuai, diilhamkan daripada pengalaman peribadi Pearl sendiri yang pernah berdepan kesukaran mencari pakaian seragam sedia ada yang benar-benar muat.
Penyelesaian tersebut bukan sahaja bertujuan meningkatkan keselesaan, malah membantu kanak-kanak tampil lebih yakin ketika berada di sekolah, sekali gus menarik perhatian panel juri industri daripada Cradle Fund Sdn Bhd dan Asia School of Business (ASB) yang memuji keyakinan, kejelasan pembentangan serta potensi aplikasi dunia sebenar idea berkenaan.
Mengulas pengalamannya, Pearl berkata penyertaan dalam Goodday KidSTART 3.0 memberi pendedahan bermakna dalam membina keyakinan diri, kemahiran pembentangan serta kepercayaan terhadap idea sendiri.
“Saya rasa sangat gembira dan juga terkejut kerana semua peserta mempunyai idea yang hebat. Saya hanya fokus untuk memperhalusi idea perniagaan saya dan menjawab soalan juri dengan sebaik mungkin,” katanya, sambil menyifatkan program itu sebagai platform pembelajaran yang membantu peserta berkembang dan percaya kepada potensi diri.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Mohammad Nukman, 12 tahun, dari SK Sungai Ara, Pulau Pinang, yang membawa pulang hadiah RM10,000 menerusi idea berteraskan kelestarian alam sekitar bertajuk “Food Rescue Hub.”
Konsep tersebut menggabungkan penggunaan teknologi AI dan dron bagi mengumpul lebihan makanan sebelum diproses menjadi baja organik, sekali gus menangani isu pembaziran makanan. Mohammad Nukman berkata penyertaannya membuka peluang kepada pengalaman baharu serta persahabatan di luar persekitaran sekolah.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Teo Kevan, 9 tahun, dari SJK(C) Kuen Cheng 2, menerusi idea “Furever,” iaitu pengalaman interaksi haiwan peliharaan jangka pendek yang membolehkan kanak-kanak menikmati aktiviti bermain secara berpandu sambil mempelajari asas penjagaan haiwan tanpa komitmen jangka panjang.
Program ini dinilai oleh barisan juri profesional terdiri daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Profesor Madya Asia School of Business, Dr Melati Nungsari; Ketua Pegawai Eksekutif Pandai & Zaki Founder, Khairul Anwar Mohamad Zaki; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd, Norman Matthieu Vanhaecke; serta selebriti terkenal, Datin Lisa Surihani.
Goodday KidSTART 3.0 turut disokong oleh rakan strategik termasuk Astro, Cradle Fund dan Asia School of Business, bagi menyediakan bimbingan, pendedahan industri serta pembangunan kemahiran keusahawanan secara menyeluruh.
Selari dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia, program ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan komunikasi berkesan, sekali gus memupuk generasi kanak-kanak yang lebih berkeyakinan, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
#Goodday
#Goodday KidSTART 3 0
#usahawan muda
#Astro
#kecerdasan buatan
#cradle fund
#Asia School of Business