Google Doodle raikan nasi lemak

Nursyazwani Saiful Sham
Januari 31, 2019 07:35 MYT
Anda boleh layari laman web itu untuk melihat doodle nasi lemak beranimasi dengan sepenuhnya dan raikan keenakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia ini.
SIAPA sahaja rakyat Malaysia yang tidak gemarkan nasi lemak?
Nasi lemak boleh dimakan dengan pelbagai lauk tetapi lebih sinonom dengan telur rebus, sambal, ikan bilis, kacang dan timun.
Hari ini, Google Doodle meraikan sajian kegemaran ramai itu.
Google Doodle memaparkan sajian itu di laman utama google.com.my dan ia juga dipaparkan di laman utama negara lain seperti Australia, New Zealand, Jepun, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Ireland.
Anda boleh layari laman web itu untuk melihat doodle nasi lemak beranimasi dengan sepenuhnya dan raikan keenakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia ini.
#Google #Google Doodle #ikan bilis #nasi lemak