[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
LIFESTYLE

Guna loghat utara balas tweet, petugas Maxis dapat pujian pelanggan

Madiha Abdullah 30/09/2015 | 01:49 MYT
Petugas bernama Firdaus itu dikatakan pernah mendapat pujian pihak pengurusan atas khidmat cemerlangnya. - Gambar Hiasan
Bertugas dalam bidang khidmat pelanggan barangkali antara tugas paling mencabar di dunia. Berhadapan dengan kerenah yang pelbagai daripada pelanggan menuntut seorang pegawai khidmat pelanggan mempunyai tingkat kesabaran paling tinggi.
Bagi seorang petugas di Maxis Listens ini, caranya yang santai namun masih berhemah dalam menjawab aduan dan rungutan, menjadikan beliau disenangi pelanggan.
Dikenali sebagai Firdaus Merican, siri tweet antara beliau dan seorang pelanggan Maxis, Zahier Aiman Radzwan, menjadi perhatian kerana ia berlangsung dalam keadaan yang agak melucukan.
Zahier pada mulanya mengadu tentang bagaimana pas internet yang dibelinya tiba-tiba sahaja hampir habis diguna pakai walaupun dia tidak menggunakan telefon.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apabila tweetnya tidak dibalas, Zahier menghantar satu lagi tweet berbunyi "reply laaa.."
Ia kemudiannya mendapat balasan yang bernada santai oleh Firdaus, memintanya bersabar kerana dia perlu terlebih dahulu membalas tweet lain yang masuk sebelum Firdaus.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih menarik, balasan Firdaus dilakukan dalam loghat utara.
Ia ternyata berkesan untuk meredakan perasaan marah Zahier.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih melegakan apabila Firdaus tidak sekadar memberi penyelesaian kepada masalah Zahier, tetapi turut memberi nasihat apa yang boleh dilakukan agar masalah itu tidak berulang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak berakhir di situ, siri tweet mereka turut disambung dengan perbualan ringan dan saling mengucapkan Selamat Hari Raya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berpuas hati dengan khidmat yang diberikan, Zahier mencadangkan agar Maxis menaikkan gaji atau sekurang-kurangnya memberi bonus kepada Firdaus.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi satu tweet oleh pengguna Twitter dengan nama Nelza Lynna, Firdaus dan rakan-rakannya pernah menerima pujian daripada pihak pengurusan atas khidmat cemerlang yang diberikan mereka sebelum ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#khidmat pelanggan #Maxis #telekomunikasi