'Gunalah bahasa Melayu' - Pesanan gadis jepun buat rakyat Malaysia

Gempak
Ogos 9, 2018 23:24 MYT
HANA TAKAHASHI: Saya suka belajar bahasa Melayu kerana kalau saya cakap bahasa Melayu, boleh faham apa yang orang Malaysia fikir. -twitter @maszlee
MUNGKIN segelintir masyarakat di negara ini malu berbahasa Malaysia ketika berkomunikasi tapi lain pula cerita seorang gadis Jepun yang bangga untuk cakap Melayu.
Dalam satu video yang dimuat naik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi akaun Twitternya, @maszlee, gadis itu kelihatan fasih berbahasa Malaysia ketika ditemu ramah sendiri oleh menteri tersebut.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah gadis itu yang bernama Hana Takahashi yang juga seorang penuntut di Universiti Bahasa Asing, Tokyo bukan saja berminat mempelajari bahasa Malaysia tapi mempunyai semangat untuk memahami aspek masyarakat, budaya dan agama di Malaysia.
"Saya suka belajar bahasa Melayu kerana kalau saya cakap bahasa Melayu, boleh faham apa yang orang Malaysia fikir dan saya boleh tahu budaya dan agama di Malaysia," katanya.

Saya sempat menemu ramah Hana Takahashi, seorang penuntut di Universiti Bahasa Asing, Tokyo yang fasih berbahasa Melayu. Bangga dengan cita-cita beliau untuk mempelajari tentang rakyat, budaya dan agama di Malaysia, saya doakan dia terus berjaya. pic.twitter.com/fHQVgyCiFK

— Maszlee Malik (@maszlee) August 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gadis ini mengakui pernah berkunjung ke negara ini sebanyak tiga kali dan menyukai teh ais serta roti canai tetapi tidak suka durian.
Dalam temu ramah itu yang ditonton lebih 23,000 kali, gadis itu juga memberikan pesanan istimewa buat rakyat Malaysia.
"Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan bahasa Melayu sebab bahasa itulah bahasa Malaysia," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
#Bahasa Malaysia #Bahasa Melayu #Hana Takahashi #Maszlee Malik #Twitter #Universiti Bahasa Asing