SIAPA sangka, foto pemandangan sawah padi yang dimuat naik hanya sekadar suka-suka ini berjaya mencuri tumpuan syarikat teknologi Apple sehingga ia dipilih untuk ditampilkan di laman Instagram rasmi syarikat itu.
Lebih membanggakan, foto tersebut juga mendapat lebih 200,000 tanda suka dan turut menerima ribuan komen daripada pengikut Instagram syarikat gergasi itu.
Ketika dihubungi Astro AWANI, jurufoto tersebut Muhammad Faris Danial Mohd Faizal, 19, menceritakan pengalamannya sehingga menjadi bualan dalam kalangan netizen di laman sosial berkenaan.
“Saya betul-betul tidak sangka bahawa gambar itu akan ditampilkan dan seterusnya menjadi tular.
“Sebenarnya ini kali kedua gambar saya ditampilkan dalam akaun rasmi Apple.
"Terdahulu, gambar saya ditampilkan secara kompilasi bersama jurufoto lain.
“Namun, pada 15 September lalu, Apple sekali lagi menghantar satu email kepada saya untuk meminta kebenaran bagi menampilkan gambar tersebut,” ujar remaja kelahiran Pahang itu.
Malah, kata Faris, gambar tersebut diambil semasa dia dan keluarganya sedang bercuti di Sabak Bernam, Selangor pada 17 Julai lalu.
“Gambar itu diambil menggunakan iPhone XR saya kira-kira jam 6.30 petang, pada ketika itu matahari mula terbenam dan saya rasa ia adalah waktu yang cantik untuk mengambil gambar,” kata Faris.
Selain itu, jelas Faris, dia hanya menjadikan aktiviti menangkap gambar sebagai hobi dan bukannya dilakukan secara serius.
“Ia hanya sekadar hobi. Saya hanya menggunakan telefon saya sahaja untuk menangkap gambar.
“Kebanyakannya bukan gambar nature sahaja, saya juga ada ambil gambar potret, urban dan lain-lain lagi.
“Selain itu, saya hanya belajar dengan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama dan saya juga sering merujuk foto-foto yang diambil beberapa jurufoto terkenal sebagai pembelajaran.
Ketika ditanya mengenai adakah dia akan menceburkan diri dalam bidang fotografi secara serius, Faris memberitahu bahawa dia kini sedang memberikan tumpuan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Rekaan Grafik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada awal Oktober depan.
Afiq Ariffin
Wed Sep 30 2020
Muhammad Faris Danial bersama foto yang dipilih syarikat Apple. -Foto instagram/ @farisofar
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Apple dijangka hadir dengan cip Apple M4 memfokuskan AI tahun ini
Apple dijangka memperkenalkan cip berkenaan pada tahun ini, melalui kemas kini untuk model iMac, MacBook Pro dan juga Mac Mini.
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Apple, Google lesenkan gambar dan video Shutterstock untuk latih AI
Selain imej dan gambar, lesen ini juga dikatakan turut meliputi pelesenan fail-fail muzik dan juga video.
Apple buang ratusan pekerja sebab projek dibatalkan
Kebanyakannya daripada projek kereta Apple yang dibatalkan, selain disebabkan pertimbangan semula projek pembangunan paparan mikro-LED.
Apple dilapor kaji pembangunan robot bantu tugasan di rumah
Namun, ia dijangka tidak akan dicapai pada dekad ini disebabkan oleh kesukaran pembangunannya.
Pasukan jurutera Apple Vision Pro dilapor beralih ke projek iPhone boleh lipat
Apple dikatakan merancang untuk melancarkan iPhone boleh lipat pada suku pertama tahun 2027.
Apple dijangka lancar iPad Pro, iPad Air baharu pada awal Mei 2024
Kedua-dua siri tablet terbaharu berkenaan dijangka hadir dengan kemas kini pada spesifikasi, dan akan dikuasakan cip Apple M.
Apple saman bekas kakitangan tiris maklumat kepada wartawan
Aktiviti beliau mula disedari pada Julai 2023 dan beliau diarahkan bertemu dengan pihak pengurusan.
Apple mungkin tawarkan stor aplikasi AI
Siri juga dikatakan akan diintegrasikan dengan AI, iPhone boleh memproses AI terus dari dalam peranti.
Presto bolehkan iPhone dikemas kini walaupun masih di dalam kotak
Peranti dikemaskini secara nirwayar dengan meletakkannya di atas mesin presto. Ia akan dihidupkan, dikemaskini sebelum dimatikan semula tanpa kotak perlu dibuka.