Hari Kesedaran Autisme Sedunia: 10 perkara yang anda perlu tahu tentang autisme

Nursyazwani Saiful Sham
April 2, 2018 02:01 MYT
Kanak-kanak autisme kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. -Gambar hiasan
Masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.
Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.
Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?
Ini 10 perkara yang perlu anda tahu tentang autisme sempena Hari Autisme Sedunia hari ini;
1. Tidak menunjukkan respon
Kanak-kanak autistik kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.
2. Perkembangan bahasa berbeza
Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Antara masalah perkembangan bahasa adalah mereka tidak boleh bertutur dan hanya mengeluarkan bunyi. Manakala, masalah perkembangan bahasa bagi yang boleh bertutur adalah perkataan yang dikatakan tidak mempunyai makna dan sukar untuk difahami.
3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian
Kanak-kanak autisme kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Ini kerana mereka tiada keupayaan untuk menumpukan perhatian.
4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat
Ramai kanak-kanak yang menghidap autisme lambat dikesan oleh keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga. Biasanya, penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan pakar.
BACA: 'Bukan mudah jaga anak autisme' - Ini luahan Iman Wan
5. Bantuan dan rundingan
Jika anak-anak anda menunjukkan ciri-ciri ini, anda boleh mendapatkan bantuan dan rundingan dari kumpulan sokongan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera di laman sesawang ini.
6. Tips untuk berkomunikasi
Antara tip untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autistik adalah memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak autistik gemar untuk melakukan aktiviti secara berulang. Maka, lakukan aktiviti harian anak-anak autisme berdasarkan rutin yang dijadualkan.
7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan. Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).
8. 15,484 penghidap autisme
Setakat Mei 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencatatkan seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah autisme di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun.
9. Hari Kesedaran Autisme Sedunia
Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.
10. Permata Kurnia lancar video untuk kempen kesedaran autisme
Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2018, PERMATA Kurnia yang merupakan sebuah program untuk memastikan keperluan kanak-kanak penghidap autisme dipenuhi, telah melancarkan sebuah video bagi meningkatkan kempen kesedaran tentang autisme. Program tersebut dinaung oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu, netizen seluruh dunia turut meluahkan keperhatinan mereka kepada anak-anak ini di platform media sosial sempena Hari Kesedaran Austime Sedunia 2018. Rata-rata menyatakan hasrat untuk memakai pakaian berwarna biru simbolik kepada hari ini.

It Autism Awareness Month and we are lighting it up blue here at Florida Autism Center! #autismawareness #autism #lightitupblue pic.twitter.com/Y5sOT7uu2a

— FloridaAutismCenter (@FLAutism) April 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

It April which means it Autism Awareness Month! Tomorrow, April 2nd, is National Autism Awareness Day. DON forget to wear your blue to show your support! #Ava #DifferentNotLess #AutismAwareness #Support pic.twitter.com/aLEERV7Eno

— Officer Hern (@FairbornSRO) April 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#autismawareness #autismspeaks#April #Autism#awareness #EveryDay #Home https://t.co/z4rMYTpd7S

— Michelle Nicole (@Pritilyfe) April 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ASD #autism spectrum disorder #Autisme #Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2018 #Jabatan Kebajikan Masyarakat #Kanak-kanak