LIFESTYLE
Hari Penyu Sedunia di Pulau Mabul

Bersempena dengan sambutan penyu sedunia pada hari ini, program kesedaran mengenai kelangsungan populasi penyu diadakan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.
Ia melibatkan usaha memantau proses tumbesaran penyu-penyu laut di kawasan itu yang juga merupakan antara penyelidikan di bawah Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Antara lain, orang ramai berpeluang melihat secara dekat kajian berkenaan saiz penyu yang dikendalikan Pensyarah Kanan Penyelidikan Marin Borneo UMS, Dr Pushpa Palaniappan.
Penyu-penyu laut yang ditangkap di sekitar Pulau Mabul diukur saiznya sebelum ditanda untuk tujuan penyelidikan dan dilepaskan semula ke dalam laut.

A
Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan Sabah, Datuk Pang Yuk Min yang merasmikan sambutan Hari Penyu Sedunia di Pulau Mabul.
Katanya usaha pemuliharaan penyu perlu dipertingkat bagi memelihara penyu yang menjadi ikon pelancongan di Sabah khususnya dalam industri menyelam.
A
Sementara itu, bersempena Hari Penyu Sedunia, WWF-Malaysia telah menerbitkan sebuah lagu bertajuk ‘Senyum Penyu, Senyum Kita’.
Lagu tersebut yang telah ditulis oleh pemuzik, Kamrul Hussin @ Waklong dan lirik oleh Arina Amin telah dinyanyikan oleh penyanyi Asmidar.

A
Malaysia adalah rumah kepada empat daripada tujuh jenis penyu laut di dunia, dan status mereka di dalam senarai merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) adalah di antara kritikal dan terancam.

A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami