[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
GAYA HIDUP

Hawaii lokasi bulan madu paling popular pada 2017

Bernama 26/03/2018 | 16:19 MYT
Populariti Hawaii terletak pada hakikat bahawa pasangan yang baharu berkahwin mempunyai banyak lokasi pilihan untuk bersiar-siar, membeli-belah dan melakukan sukan akuatik. - Gambar hiasan
Hawaii merupakan destinasi paling popular untuk berbulan madu tahun lepas, diikuti pulau peranginan Phuket di Thailand, lapor agensi berita Yonhap pada Isnin memetik kenyataan agensi pelancongan terbesar di Korea Selatan.
Menurut Hana Tour, kira-kira 18.6 peratus daripada sejumlah 19,000 pasangan berbulan madu yang membeli pakej pelancongan yang ditawarkannya tahun lepas memilih pusat peranginan di Amerika Syarikat itu sebagai destinasi.
Hana Tour berkata populariti Hawaii terletak pada hakikat bahawa pasangan yang baharu berkahwin mempunyai banyak lokasi pilihan untuk bersiar-siar, membeli-belah dan melakukan sukan akuatik di Honolulu, Oahu serta beberapa pulau lain.
Phuket berada di tangga kedua dengan 15.3 peratus diikuti Guam dan Bali, kedua-duanya sebanyak 10.7 peratus.
Destinasi lain yang digemari ialah barat Eropah iaitu sebanyak 10.3 peratus, Maldives (6.9 peratus), Koh Samui, Thailand (5.4) dan Cancun, Mexico (5.1).
Interpark Tour, satu lagi agensi pelancongan terkenal, turut menyatakan bahawa Hawaii adalah lokasi berbulan madu paling popular tahun lepas diikuti Phuket, Maldives, Bali, Cancun dan Danang di Vietnam.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #bulan madu #destinasi popular #Hana Tour #Hawaii #pelancong #pelancongan