Hidung anak kerap berdarah? Pakar ini jelaskan langkah mudah mengatasinya

Keluarga
Mac 20, 2022 03:40 MYT
Hidung berdarah pada usia kanak-kanak selalunya, walau tidak semestinya, disebabkan oleh masalah sinus atau resdung pada hidung yang tidak terkawal. - Gambar hiasan
ADA orang risau mengapa anak mereka kerap sangat hidung keluar darah. Ada petanda tak elok ke? Kalau berlaku nak buat apa?
Ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Dr Ezairy:
"Hidung berdarah pada usia kanak-kanak selalunya, walau tidak semestinya, disebabkan oleh masalah sinus atau resdung pada hidung yang tidak terkawal.
Hampir setiap hari bersin, gatal hidung, anak kita pun dok gosok-gosok garu hidungnya, maka pendarahan hidung amat mudah berlaku.
Jika ia berlaku, ibu bapa perlu ingat beberapa langkah ini:
✅ Bertenang dan jangan panik
✅ Dudukkan pesakit dan tundukkan kepala pesakit
✅ Picit atau compress hidung pesakit daripada luar. Lakukan langkah ini selama 10-15 minit. Ini akan menghentikan pendarahan
✅ Jangan dongak atau baringkan pesakit. Ini akan menghalang darah keluar ke depan, tetapi ia akan terus mengalirkan darah ke paru-paru. Bahaya!
✅ Letakkan ais di dahi pesakit untuk membantu mengurangkan pendarahan
Jika semua langkah di atas tidak menghentikan pendarahan. Bawa ke hospital dengan segera."
Sumber: Dr Ezairy
*Artikel asal di Keluarga

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!

#hidung berdarah #Dr Ezairy #Pakar Bedah Telinga Hidung Tekak #sinus