KUALA LUMPUR: Kita sering terbaca atau mendengar kepentingan gaya hidup sihat di kaca televisyen, majalah atau di radio. Ada yang berkata amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan sihat. Ada juga menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal. Tidak kurang juga menyarankan kita mengelakkan diri daripada tabiat dan pemakanan yang kurang sihat.
Untuk memulakan gaya hidup sihat, anda perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental dan aktiviti fizikal. Ramai yang cakna mengenai ini tetapi malas untuk mulakannya.
Mari mulakan gaya hidup dengan 4 langkah ini!
Jaga makan, amalkan konsep ‘Suku Suku Separuh’.
You are what you eat. Kawal kuantiti makanan yang diambil setiap hari. Gunakan pinggan berukuran kira-kira 10 inci yang dibahagikan kepada tiga bahagian dengan konsep ‘suku-suku separuh’. Maksudnya suku pertama diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh kita. Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.
Separuh lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral penting untutk membantu pelbagai fungsi penting tubuh. Manakala pengambilan air yang disarankan ialah enam hingga lapan gelas sehari. Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh, mereka perlu mengambil dua gelas air tambahan bagi mengelakkan dehidrasi.
Kawal berat badan
Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan pula, mulakan dengan memotong atau berhenti terus meminum air manis. Banyakkan minum air kosong dan jika teringin sesuatu yang manis boleh makan buah atau makanan sihat yang lain. Perlu ingat, berat badan ideal atau normal bermakna kesihatan anda lebih baik.
Sebaliknya, berat badan berlebihan membawan kepada banyak risiko masalah kesihatan, Selain kawal pengambilan minuman manis, bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Harus tahu, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk kawal berat badan.
Jaga emosi, jangan marah-marah
Rasulullah SAW menasihati ‘jangan marah’ diulangi sehingga tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah. Bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Untuk umah Islam, amalkan bacaan Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan kemarahan.
Jangan malas jalan kaki
Berjalan kaki bukan semata untuk kurus tetapi sihat! Kebanyakan daripada kita bekerja memerlukan duduk di depan komputer dan tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Senaman sama seperti makan, selagi kita makan selagi itu kita perlu bersenam (bergerak). Sebelum mulakan aktiviti senaman berkala, cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan cadangan di bawah.
1) Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km)
2) Gunakan tangga berbanding lif.
3) Letak kereta jauh daripada pejabat.
4) Regangkan badan selama 10 minit setiap sejam.
5) Rajinkan buat kerja rumah.
Apa kata cari aktiviti yang memerlukan anda bergerak seperti menari, bersukan badminton atau futsal atau lompat tali. Lakukan minima 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.
Apabila badan dalam keadaan sihat, fizikal dan minda juga berfungsi lebih baik. Selain itu, keadaan fizikal yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri. Bersosial juga merupakan gaya hidup sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih sempurna dan bermakna.
Benar ajal di tangan Tuhan. Tetapi Tuhan juga memerintahkan agar kita hidup dalam keadaan yang sihat. Jika badan sihat dan tiada penyakit kronik, dari sudut sains jangka hayat akan meningkat.
Faida Rahim
Sat Nov 05 2022
Mari mulakan gaya hidup dengan 4 langkah ini! - Gambar hiasan/AFP Relax
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Peningkatan isu kesihatan mental membimbangkan - Doktor
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa.
NIOSH, JKM Negeri Sembilan tingkat kesedaran penjagaan kesihatan mental warga emas
NIOSH dan JKM Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif berkongsi teknik menangani tekanan mental dalam kalangan warga emas di PAWE di sini.
NIOSH peruntuk RM12 juta sedia latihan bantu tangani isu kesihatan mental di tempat kerja
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi menyediakan latihan secara percuma kepada 10,000 golongan pekerja.
New York City saman Facebook, TikTok, YouTube - didakwa mudarat kesihatan mental belia
Menurut saman, perkhidmatan media sosial itu membawa kepada kemudaratan dan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia dan kanak-kanak.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Pentingnya penjagaan kesihatan mental dan fizikal buat ibu berpantang
Peredaran masa menyaksikan tradisi berpantang melalui evolusi dan kini, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab ahli keluarga seperti ibu sendiri atau ibu mentua.
COVID-19: 14 kes baharu dikesan libatkan mangsa banjir di PPS Kelantan, Terengganu - Dr Dzulkefly
Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan sembilan kes di Kelantan dan lima kes di Terengganu.
JKNT wujud klinik kesihatan lelaki di setiap daerah
JKNT mengambil inisiatif mewujudkan satu klinik di setiap daerah untuk perkhidmatan kesihatan lelaki termasuk saringan dan rawatan awal bagi masalah reproduktif seperti mati pucuk.
Usaha proaktif, holistik perlu untuk hentikan stigma berkait kesihatan mental
Stigma kesihatan mental mencerminkan sikap negatif, stereotaip dan prasangka yang sering dikaitkan oleh masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental.