Hari ini, sejumlah 443,883 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu menerima keputusan peperiksaan mereka.
Sememangnya pelajar itu sendiri, keluarga mahupun guru, amat berharap agar keputusan cemerlang dapat dicapai. Ramai yang akan mula memikirkan tentang peluang melanjutkan pengajian peringkat seterusnya di institusi pengajian tinggi.
Namun bagaimana pula dengan sebahagian lain yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan?
Satu pesanan daripada kami di Astro AWANI - jangan berputus asa kerana perjalanan hidup masih panjang dan banyak perkara bermanfaat boleh dilakukan mulai hari ini!
Sejak dua hari lalu, Astro AWANI menerusi hashtag #HidupDiteruskan mengajak orang ramai khususnya pengguna media sosial untuk berkongsi nasihat dan motivasi kepada kumpulan tersebut.
Berikut adalah antara beberapa komen menarik yang dikongsikan netizen di ruang maya:
Ada juga yang memberi cadangan tentang aliran kursus pendidikan yang boleh mereka mohon:
Sementara itu, ramai juga yang memberi nasihat dari sudut agama. Mereka mengajak para pelajar mengenal erti redha, tawakal dan bersyukur, kerana rezeki dan ketentuan pada masa akan datang disusun oleh Allah SWT:
Seramai 443,883 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2017 pada tahun lalu di 3,363 pusat peperiksaan seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon atau 87 peratus adalah dari calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.
Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu.
Bagi calon persendirian, keputusan mereka akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar peperiksaan dahulu.
Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2017 melalui mySMS 15888 yang perkhidmatannya akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 15 Mac dan ditamatkan pada 6 petang 21 Mac.
Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.
Ingat, walau apapun keputusan yang diperoleh hari ini, teruskan usaha anda!
Astro Awani
Thu Mar 15 2018

Ke manakah hala tuju anda selepas SPM? - Gambar hiasan

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sidang media atas talian Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ikuti sidang media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan secara atas talian.

Mencabar nasihat kerajaan kepada Agong sama dengan mencabar Proklamasi Darurat - Exco Pemuda UMNO
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Kerugian PKP 2.0 tidak seteruk PKP tahun lepas - Ahli ekonomi
Jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi berbanding tahun lepas.

Niaga AWANI: Sekatan MSM oleh CBP | Apa reaksi, strategi Sime Darby Plantation?
Apakah langkah yang diambil Sime Darby Plantation selepas sekatan MSM oleh CBP pada 30 Disember lepas? Bagaimana sekatan tersebut berikan kesan kepada operasi dan pendapatan syarikat? Saksikan temubual Rizal Zulkapli bersama Ketua, Kelestarian Kumpulan Sime Darby Plantation Berhad, Rashyid Redza Anwarudin.

Video tular: 'Datuk' pukul pelanggan restoran dituduh esok
Lelaki bergelar 'Datuk' dan rakannya yang dipercayai memukul seorang pemuda di sebuah restoran di Persiaran Tropicana akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Agenda AWANI: Isu Keselamatan dan Keberkesanan vaksin COVID-19
Ketahui keberkesanan & keselamatan vaksin COVID-19 bersama Dr Kalairasu Pearisamy, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM Putrajaya yang juga Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Pemilihan Calon Vaksin.

Anak yatim calon SPM kerja sambilan bantu keluarga
Farahanim Mohd Noor dan Muhammad Hazim Azizi guna kesempatan sekolah ditutup dengan bekerja sambilan mengumpul wang bagi membeli keperluan sekolah.

AWANI Ringkas: Selangor umum Kita Selangor | Harga besi naik, kontraktor terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Anak yatim calon SPM kerja sambilan bantu keluarga
Farahanim Mohd Noor dan Muhammad Hazim Azizi guna kesempatan sekolah ditutup dengan bekerja sambilan mengumpul wang bagi membeli keperluan sekolah.

Banjir: Tiada sekolah menengah ditutup di Sabah
Setakat hari ini, kesemua calon SPM dan STPM akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa membabitkan jumlah seramai 51,294 orang pelajar.

Doakan SPM saya cemerlang, mahu 'terbang jauh' dari penjara - Banduan
Dalam menahan sebak, seorang banduan muda berkata demikian setelah beliau selesai menjalani peperiksaan SPM bagi kertas Sains pada Rabu.

Calon SPM cedera di mata, kenderaan dipandu terbakar
Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia bernasib baik apabila sempat menyelamatkan diri selepas keretanya terbakar dalam satu insiden di Jalan Lapangan Terbang di sini pagi Isnin.

Tujuh pelajar disyaki merogol, tapi masih boleh duduki SPM, dalam lokap!
Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan berhubung dengan balai polis di mana pelajar itu ditahan reman, pada Ahad.

Enam termasuk calon SPM ditahan berlumba haram
Polis menahan enam lelaki, termasuk seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerana sedang berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal hari ini.

#HidupDiteruskan: Teruskan langkah selepas SPM, netizen kongsi nasihat & motivasi
Seramai 443,883 calon yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun lalu akan mengambil keputusan peperiksaan mereka hari ini.

Calon SPM ditemui lemas, tergelincir di Sungai Besut
Mangsa merupakan antara pelajar terbaik sekolah tersebut dan sempat menduduki kertas Ekonomi Asas SPM pagi tadi.

Banjir P.Pinang: Calon SPM redah banjir untuk duduki peperiksaan
Seramai 150 calon SPM SMK Datuk Haji Ahmad Said terpaksa mengharungi banjir selepas laluan ke pusat peperiksaan di sekolah itu ditenggelami air hingga ke paras pinggang.

Calon terbaik SPM maut dihempap pokok
Dua termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas van yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Jalan Batu Rakit, Terengganu pada Sabtu.