ADA kalanya kita mungkin mengalami kesukaran untuk kekal fokus sewaktu bekerja, lebih-lebih lagi jika bekerja dari rumah.
Ditambah pula dengan adanya kebenaran rentas negeri ketika ini, pemikiran anda pasti sesekali akan melayang jauh kerana sudah tidak sabar untuk keluar melancong atau pulang ke kampung.
Lebih mencabar sekiranya kawan-kawan anda atau saudara-mara sudah berada di kampung halaman atau bercuti di pulau peranginan menikmati keindahan alam semulajadi.
Bawa bertenang. Ia tidaklah sesukar mana jika anda bijak mengawal dan tahu kaedah supaya anda boleh kekal fokus ketika bekerja, tidak kira sama ada di pejabat mahupun dari rumah.
Kerapkan berehat
Dalam seharian, kita mungkin akan mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk ditumpukan kepada urusan kita di pejabat. Dalam tempoh itu juga, kita pastinya ada waktu lebih kurang satu jam untuk berehat, makan dan sebagainya.
Namun, adalah lebih baik jika anda dapat mengambil waktu untuk berehat seketika setiap satu jam.
Dalam tempoh berehat itu, kita bolehlah pergi ke pantri atau dapur untuk membancuh kopi, ambil kudapan dan mengambil udara di luar pejabat buat sementara itu. Ini kerana bukan sahaja badan dan otak anda memerlukan rehat, mata anda juga perlukan sedikit waktu rehat selepas beberapa jam menghadap skrin komputer.
Beri ganjaran buat diri sendiri
Sekiranya anda berdepan masalah untuk terus kekal bermotivasi, gunakan ganjaran untuk membantu anda fokus.
Sebagai contoh, anda boleh berjanji pada diri sendiri bahawa anda boleh menikmati secawan kopi panas kegemaran anda sebaik sahaja selesai membuat pembentangan atau menyiapkan laporan yang diminta.
Anda juga boleh membuat sesuatu yang dinanti-nantikan sejak beberapa hari lepas, contohnya dengan menonton siri drama kegemaran anda, mendengar podcast mingguan, membaca novel yang baharu dalam pasaran ataupun membeli tiket wayang untuk ditonton pada hujung minggu.
Lakukan aktviti di luar rumah/ pejabat
Cukuplah terperap di dalam rumah. Gunakan masa anda sebaik mungkin dengan pergi mengambil angin di luar dan lebih produktif jika anda dapat keluar berjoging atau sekadar berjalan.
Pendedahan kepada cahaya matahari dan udara segar adalah perkara paling positif yang boleh anda lakukan untuk kesihatan tubuh badan anda. Bagi yang bekerja di pejabat, adalah memadai jika anda dapat berjalan naik turun tangga.
Atur semula ruang kerja
Ini bukan sahaja dapat membantu anda fokus pada pekerjaan, tetapi juga baik untuk kesihatan mental dan fizikal anda.
Tinjauan yang dilakukan oleh penyelidik di UCLA mendapati bahawa orang yang mempunyai rumah yang tidak teratur, 77 peratus lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan.
Kandungan yang tidak penting pada komputer anda atau e-mel lama boleh menyebabkan rasa yang tidak tenang.
Cuba susun semula dokumen mengikut fail yang diperlukan. Semak peti masuk e-mel anda dan arkibkan e-mel penting supaya anda dapat memberi tumpuan kepada mesej yang paling kritikal.
Uruskan tenaga anda
Keupayaan menguruskan tenaga anda sangat penting untuk mencapai produktiviti maksimum. Kita semua mempunyai kemampuan yang berbeza. Sebilangan daripada kita adalah burung hantu yang boleh berjaga malam, sementara yang lain adalah morning person.
Lihat semula di mana kita berada? Jika waktu pagi merupakan waktu yang boleh membuatkan anda fokus, maka atur segala urusan penting pada sebelah pagi.
Salah satu faedah bekerja dari rumah adalah fleksibiliti tambahan. Fokus pada apa yang dapat anda selesaikan terlebih dahulu dan atur aktiviti seterusnya untuk memanfaatkan masa serta tenaga dengan baik.
Astro Awani
Wed Oct 13 2021
Bawa bertenang. Ia tidak sesukar mana pun jika anda pandai mengawal dan tahu kaedah untuk kekal fokus ketika bekerja tidak kira di pejabat atau di rumah. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Masalah kesihatan mental pelajar, mahasiswa meningkat dua kali ganda - KKM
Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan peningkatan itu daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus (2023).
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
Umat Islam dinasihat elak pertelingkahan soal aliran,manhaj - Zulkifli
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dalam berhujah mengenai perbezaan aliran mahupun manhaj.
Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.
Nahas pelajar UiTM: Pemandu wanita masih di Hospital Permai
Mahkamah Majistret diberitahu wanita yang didakwa atas tiga pertuduhan melanggar empat pelajar UiTM Dungun, Oktober lalu masih lagi berada di Hospital Permai.
Astro lancar inisiatif AI menerusi siri Project EXIT, sokong keterlibatan positif di media sosial
Astro, menerusi siri terbaharu Astro Originals, Project EXIT, memperkenalkan inisiatif terkini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
KBS sasar tambah bilangan pakar psikologi sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat untuk menambah bilangan pakar psikologi sukan dalam usaha membantu persediaan atlet menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028 di Los Angeles.