Susulan kejayaan di Eropah dan China, HUAWEI dengan rasminya mengumumkan pelancaran empat produk terbaharu di Malaysia - WATCH GT 4, MatePad 11-inci Edisi PaperMatte, FreeBuds Pro 3, dan WATCH ULTIMATE DESIGN.

HUAWEI WATCH GT 4

Mengangkat konsep “Fashion Forward,” generasi terbaharu siri perdana WATCH GT menjadi manifestasi pencapaian terbaharu HUAWEI dalam perjalanannya menyatukan teknologi terkini dengan ekspresi fesyen dan gaya.

HUAWEI WATCH GT 4 hadir dalam dua saiz - 46mm dengan rekaan dial oktagon yang ikonik sebagai satu kenyataan berani, serta 41mm dengan rekaan loket elegan yang menyebati dengan estetika aksesori lain sang pemakai.

Sistem ‘Always-On Display’ (AOD) jam ini mempertingkat pengalaman pengguna, dengan 12 rekaan baharu dan lebih 25,000 rekaan wajah jam rasmi dan pihak ketiga yang boleh didapati melalui HUAWEI Watch Face Store, membolehkan pemperibadian tanpa had untuk disesuaikan dengan apa jua gaya dan suasana, dari mesyuarat di pejabat hingga ke aktiviti riadah hujung minggu.

Paling penting, HUAWEI WATCH GT 4 adalah sebuah alat yang hebat hayat baterinya serta inklusif - kini boleh dipadankan dengan peranti iOS dan Android; serta mampu bertahan selama 14 hari untuk model 46mm dan tujuh hari untuk model 41mm.

HUAWEI WATCH GT 4 punyai hayat bateri yang panjang.

Aspek teknologinya juga dipertingkatkan daripada model sebelumnya, khususnya fungsi pengurusan kesihatan profesional dengan memperkenalkan teknologi pemantauan kadar denyutan jantung TruSeen™ 5.5+ yang ditambah baik, memberikan bacaan yang lebih tepat serta analisis lebih mendalam terhadap metrik fisiologi sang pemakai.

Seiring dengan penumpuan terhadap kesihatan dan kesejahteraan, HUAWEI WATCH GT 4 menawarkan lebih sembilan kategori dan 200 pelan latihan saintifik yang diperibadikan, kesemuanya boleh diakses secara percuma menerusi aplikasi HUAWEI Health, direka khusus untuk memperkaya perjalanan kesihatan pengguna.

HUAWEI WATCH GT 4 datang dalam empat pilihan warna untuk model 46mm - Kelabu dengan Tali Keluli Tahan Karat, Hijau dengan Tali Tenunan Hijau, Perang dengan Tali Kulit Perang, dan Hitam dengan Tali Fluoroelastomer Hitam.

HUAWEI WATCH GT 4 boleh dipadankan dengan sistem operasi Android mahupun iOS.

Sementera HUAWEI WATCH GT 4 model 41mm tampil dengan tiga warna - Perak dengan Gelang Kekunci Piano Dua-nada, Putih dengan Tali Kulit Putih, dan Hitam dengan Tali Fluoroelastomer Hitam.

Harganya bermula dari RM1,099 hingga RM1,699.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI WATCH GT4, layari laman web rasmi HUAWEI, Shopee atau Lazada.


HUAWEI MatePad 11-inci Edisi PaperMatte

Tablet pertama dengan paparan PaperMatte di Malaysia, HUAWEI MatePad 11-inci Edisi PaperMatte direka untuk memenuhi keperluan pengkomputeran harian para pelajar kolej dan golongan profesional muda.

Paparan PaperMatte menawarkan tontonan dan penulisan yang lebih selesa dalam apa sahaja keadaan pencahayaan dengan menyahkan 97 peratus kesilauan menerusi teknologi goresan nano anti silau, dengan pensijilan SGS Low Visual Fatigue Premium Performance dan TÜV Rheinland Reflection Free, mengurangkan ketegangan mata dengan teknologi rendah cahaya biru dan bebas kelipan.

Dengan pengalaman pengguna menjadi keutamaan, paparan HUAWEI MatePad 11-inci Edisi PaperMatte mempunyai permukaan sentuhan yang lebih responsif dengan kadar segar semula 120Hz yang membuatkannya 10 peratus lebih pantas daripada model terdahulu.

Ia juga direka untuk memberi pengalaman menulis seakan sama seperti di atas kertas menggunakan HUAWEI M-Pencil (Generasi Kedua), stilus dengan nib elastomer nylim dan kelewatan rendah 2 milisaat.

Paparannya lebih jelas dan beresolusi tinggi - 2560 x 1600 HUAWEI FullView Display dengan warna gamut P3 dan 275 PPI. Beratnya 480g dan hadir dalam warna Hitam Grafit dengan rekaan klasik tapi canggih.

HUAWEI MatePad 11-inci Edisi PaperMatte digerakkan dengan HarmonyOS 3.1, set cip Snapdragon 870 untuk ketersambungan pantas, hayat bateri yang dipanjangkan serta pengalaman audio visual bergred sinema dengan sistem pembesar suara Quad dan penalaan audio Histen 8.0.

Tampil dengan kapasiti 8GB + 128GB (varian WiFi), ia boleh dimiliki pada harga RM2,299. Maklumat lanjut di laman web rasmi HUAWEI.


HUAWEI FreeBuds Pro 3

HUAWEI FreeBuds Pro 3 pula merupakan generasi baharu fon telinga akustik perdana TWS yang mengimbangi reka bentuk estetik dengan teknologi audio terkini untuk bunyi yang lebih tepat dan imersif.

Ia juga membawa ciri pembatalan bunyi Pure Voice 2.0 dengan Intelligent ANC 3.0 dan Tripe Adaptive EQ, menawarkan keterhubungan pintar untuk pengalaman mendengar yang menyeluruh dalam tiga warna pilihan pada harga RM899 mulai 21 Oktober 2023.

Layari laman web rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut.


HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN

Simbol kemewahan dan kecanggihan, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN ditatah emas 18K menggunakan teknik tatahan emas tradisional Cina terhadap rekaan bezel seramik nanokristalnya.

Ia tidak hanya berupaya mencapai ketahanan air 10ATM, ia juga mampu berfungsi pada kedalaman 110 meter untuk 24 jam serta hadir dengan keupayaan audio, gabungan ciri yang tidak pernah ada pada mana-mana jam pintar arus perdana.

Harganya - RM13,999 dan terhad kepada 100 unit sahaja di Malaysia. Jika berminat, daftar di sini.

Lancar 4 produk baharu, lebih canggih & bergaya