awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa usahlah sibuk dengan gajet ketika luang waktu dengan anak-anak

Bernama
Bernama
29/10/2017
06:27 MYT
Ibu bapa usahlah sibuk dengan gajet ketika luang waktu dengan anak-anak
Ada banyak cara untuk mengisi waktu kualiti bersama anak-anak. - Gambar hiasan
Ibu bapa perlu menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak tanpa diganggu penggunaan gajet, kata Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
"Ketika masa berkualiti ini lah ibu bapa boleh mengambil kesempatan untuk berkomunikasi secara terus bersama anak-anak, mengambil tahu perihal terkini dan aktiviti seharian anak-anak mahupun pasangan," katanya pada prapelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Mariam Mas Yacob. Turut hadir Ketua Pengarah LPPKN Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail.
Rohani turut menjemput orang ramai untuk meraikan pelancaran sambutan BKK1M peringkat kebangsaan pada 4 Nov ini di Taman Metropolitan Kepong bermula 10 pagi.
Acara hari ini turut menyaksikan 2,500 orang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka termasuk 30 kanak-kanak autistik menyertai larian 'Kidzathon: Heroes In The City' sempena prapelancaran BKK1M bersama kementerian menerusi LPPKN dan Urban Health Sdn Bhd.
Siti Norlasiah ketika ditemui pemberita berkata LPPKN mahu melihat lebih banyak syarikat di negara ini mengadakan 'Hari Keluarga' ke arah mencapai keseimbangan kerja dan hidup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak-anak
#gajet
#ibu bapa
#keluarga
#Waktu berkualiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan