'Ice Bucket Challenge' bantu kesan gen baharu penyakit ALS

Madiha Abdullah
Ogos 2, 2016 09:08 MYT
Kempen Ice Bucket Challenge menarik perhatian netizen, dengan lebih 17 juta video dimuat naik ke pelbagai platform laman sosial.
DUA tahun lalu, kempen Cabaran Ice Bucket atau Ice Bucket Challenge mendominasi media sosial, dengan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk selebriti.
Semua itu nyata tidak sia-sia, apabila dana yang diterima daripada kempen itu digunakan untuk menampung kos satu kajian yang dijangka memberi jawapan kepada banyak persoalan tentang penyakit ALS.
Minggu lalu, The ALS Association yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat, mengumumkan kempen berkenaan berjaya mengutip dana yang cukup untuk membantu mengesan gen yang menjadi penyumbang utama kepada penyakit itu.

Two years ago you helped make the impossible happen. Now you can do it again. #EveryDropAddsUp this August https://t.co/lnMsttH7Z3

— The ALS Association (@alsassociation) July 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The #IceBucketChallenge impact grows as researchers identify one of the most common gene contributors to #ALS https://t.co/cdLTvblnYj

— The ALS Association (@alsassociation) July 31, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejayaan mengesan gen yang dikenali sebagai NEK1 itu sekaligus berjaya membantu saintis, diketuai Dr. John Landers dari Sekolah Perubatan Universiti Massachussetts, untuk mencipta teknik rawatan terapi yang bersesuaian untuk pesakit.
Kempen Ice Bucket Challenge pada tahun 2014 berjaya menarik perhatian netizen, dengan lebih 17 juta video dimuat naik ke pelbagai platform laman sosial, di mana peserta menerima cabaran untuk 'dimandikan' dengan sebaldi ais.
Ia sebahagian daripada kempen kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis atau ALS, iaitu sejenis penyakit di mana fungsi sistem saraf merosot sekaligus mengganggu sistem saraf tunjang.
#ALS #Amyotrophic Lateral Sclerosis #Ice Bucket Challenge #The ALS Association