BAYANGKAN karakter adiwira atau superhero yang kita saksikan di layar perak dan baca di halaman komik menjadi kenyataan.
Itukah yang cuba dihasilkan oleh sekumpulan saintis di sebuah fasiliti pembangunan teknologi canggih di Itali.
Mereka kini sedang membangunkan ciptaan robot yang dihasilkan bertujuan memberi bantuan ketika berlakunya bencana alam.
Robot humanoid yang digelar sebagai iCub merupakan ciptaan sekumpulan saintis dari Itali di Tecnologia yang pada asalnya diinspirasikan daripada karakter superhero, Iron Man.
Lebih menarik robot canggih ini menggunakan sistem penerbangan propulsion backpack dan juga sistem di tapak tangannya bagi kawalan kuasa dan juga navigasi arah.
KEMAMPUAN ISTIMEWA
Pasukan saintis tersebut kini telah bertungkus lumus melakukan kajian selama 15 tahun dengan harapan membawanya menjadi realiti dalam pelbagai sektor keselamatan dan pertahanan.
Mereka turut menjangkakan saiz robot serta kemampuan kelajuan pecutannya mampu memberi bantuan ke lokasi yang sukar untuk dimasuki oleh manusia ataupun dron.
Dengan ketinggian kira-kira 104 cm saiz iCub menyamai kanak-kanak berusia 10 tahun. Selain itu, iCub juga mampu menerima arahan untuk merangkak, dudu serta mengendalikan pelbagai jenis objek.
Tangannya telah dicipta untuk memberi sokongan bagi manipulasi pelbagai jenis pergerakan serta skil.
Menggunakan coding secara Open Source, iCub juga dijangka boleh beroperasi di peringkat global dengan pelbagai sokongan komuniti pembangun teknologi.
Sehingga kini sebanyak 40 buah robot iCub dihasilkan dan terdapat di beberapa makmal kajian di seluruh dunia seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Korea, Singapura, China dan Jepun.
Memiliki lapisan ‘kulit’ yang sensitif, robot ini juga mampu berinteraksi dengan sentuhan fizikal terutamanya apabila berlakunya perubahan pada persekitaran.
Teknologi ini dilihat mampu memberikan sokongan bantuan kecemasan lebih pantas jika berlaku bencana alam.
Menurut mereka lagi, setiap tahun sebanyak kira-kira 300 bencana alam berlaku dan telah mengorbankan kira-kira 90,000 nyawa dan memberi kesan terhadap lebih 160 juta orang.
Robot iCub turut dilengkapi battery pack dan dua kamera dan dua mikrofon menjadikannya sebagai antara robot terbaik pernah dihasilkan dengan spesifikasi lengkap.
Kredit: Instituto Italiano di Technogia
Artikel asal di Maskulin
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Sun Jan 09 2022
Robot humanoid iCub yang diinspirasikan daripada karakter adiwira Iron Man. -Maskulin
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Muzium Masa Depan di Dubai dibuka pada Selasa
Museum of the Future adalah tempat wajib dikunjungi kerana ia menjadi mercu tanda di Dubai, UAE.
'iCub' robot persis Iron Man dicipta untuk bantuan kecemasan
Robot canggih ini menggunakan sistem penerbangan 'propulsion backpack' dan juga sistem di tapak tangannya bagi kawalan kuasa dan juga navigasi arah.
Iron Man 'unfollow' rakan-rakan MCU, peminat terkejut
Walaupun wataknya ditamatkan sebagai hero dalam Avengers: Endgame 2019, peminat Marvel masih membuat spekulasi Downey akan kembali bersama MCU.
Saya bukan 'Iron Man' - Reezal Merican
Reezal bakal memangku cabaran yang berat dalam usaha memastikan beberapa permasalahan dalam arena sukan tempatan dapat diselesaikan.
'Tony Stark' Malaysia nafi buat pembedahan plastik
Sham enggan mengambil pusing mengenai dakwaan dia menjalani pembedahan plastik
Iron Man kembali? Marvel dijangka 'hidupkan' semula watak Tony Stark
Lima bulan selepas Tony Stark berkorban untuk kehidupan yang lebih baik dalam filem Avengers: Endgame, terdapat dakwaan daripada pihak Marvel bahawa Iron Man akan membuat kemunculan sekali lagi.
6 Avengers tersenarai sebagai pelakon paling mahal, anda mungkin tak percaya siapa nombor 1!
Persoalan yang mungkin bermain di fikiran peminat kini adakah pendapatan pelakon filem aksi ini setanding dengan pelakon 'A-list' yang lain?
Avengers assemble! Pameran Marvel Studio akhirnya diadakan di Malaysia
Dirasmikan oleh Tun Mahathir!
'Mana Black Widow?' - Foto Iron Man bersama pelakon wanita Avengers: Endgame tular
Topik Avengers Endgame masih menjadi bualan ramai.
'8 minit terbaik dalam sejarah MCU' - Janji Robert Downey Jr kepada peminat Avengers Endgame
Pemeran watak Tony Stark dan Iron Man tidak mempunyai komen lain melainkan kata-kata pujian melambung untuk filem paling dinanti ramai itu.