awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingat! Bawa bekas makanan, beg kitar semula ke bazar Ramadan petang nanti

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
06/05/2019
04:53 MYT
Ingat! Bawa bekas makanan, beg kitar semula ke bazar Ramadan petang nanti
Dalam keghairahan berbelanja di bazar Ramadan, pastikan tidak membazir dan kurangkan penggunaan beg plastik. - BERNAMA/Fail
SETIAP kali tibanya bulan puasa, antara perkara yang sentiasa menjadi tarikan orang ramai ialah bazar Ramadan.
Bazar Ramadan merupakan fenomena yang bukan lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia saling tidak ubah seperti syurga makanan.
Di bazar Ramadan, pengunjung boleh mendapatkan apa sahaja juadah yang ada sesetengahnya sudah lama tidak dijamah.
Namun begitu, di sebalik keterujaan mengunjungi bazar Ramadan, jangan pula ada dalam kalangan kita yang terlepas pandang beberapa perkara.
Antaranya, belajar untuk membiasakan diri mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli juadah.
Kita mungkin tidak pernah terfikir bagaimana beg plastik digunakan secara berlebihan di setiap bazar di seluruh negara.
Dalam usaha mencetus kesedaran supaya mengurangkan kebergantungan pada beg plastik, di media sosial, sejumlah netizen mengambil inisiatif mencadangkan supaya penggunaan beg plastik dikurangkan pada bulan mulia ini.
Jadi sekiranya anda akan berkunjung ke bazar Ramadan petang nanti, jangan lupa untuk bawa beg kitar semula sendiri.
This month, give more, waste less. Do more, judge less. And dont forget to bring our own containers to the bazaar too; tonnes of single-use plastic bags are used at Ramadan bazaars every single day. We definitely can do something about this. Happy Ramadan, all!
— Faizal Hamssin (@faizalhamssin) May 5, 2019
This #Ramadan, I pledge to be more environmentally conscious at the evening food bazaar by Bringing my own tote bag Bringing my own tumbler Refuse plastic cutleries in a bid to cut down on single-use plastics usage. Whos with me?
— Danial Ariff (@dansontheroad) May 6, 2019
Tips ke bazar ramadan Kalau pergi bazaar tu, apa kata kita buat ni: - Tak bazirkan plastik beg - Tak bazirkan makanan - Tak bazirkan duit Dengan cara macam ni, mesti boleh jimat dan tak membazir.
— cuti-cuti kaki travel (@IsskndarAriffin) May 4, 2019
Bukan itu sahaja, anda juga diingatkan untuk bawa bekas makanan dan tidak membeli makanan dengan bungkusan plastik.
Jika boleh, elakkan daripada meminta sudu garfu plastik.
Cicipan yang mendapat ratusan retweet ini juga mengingatkan anda untuk tidak membeli secara berlebihan.
Kurangnya pembelian makanan, maka pengeluaran duit untuk membeli makanan juga dapat dijimatkan.
Esok dah puasa, jangan lupa guys kalau pergi bazaar ramadan tu jangan membazir okay! Beli apa yang patut je kayhhh#SempurnaSeadanya
— Alyasha. (@alyashaz) May 5, 2019
Ingat, Ramadan ini adalah bulan untuk menghindarkan diri daripada sikap membazir.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#beg kitar semula
#beg plastik
#bekas makanan
#makanan
#puasa
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan