GAYA HIDUP
Inisiatif Program Ziarah McDonald's Malaysia ukir senyuman golongan asnaf

Beberapa wakil McDonald's Malaysia dan MAIWP ketika sesi penyerahan Kotak Rezeki sempena Inisiatif Program Ziarah McDonald's Malaysia. - Foto McDonald's Malaysia
PUTRAJAYA: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Demikian gambaran bagi McDonald’s Malaysia yang terus menyemai sifat prihatin dengan menyantuni keluarga asnaf menerusi Program Ziarah anjuran McDonald's Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Ringkasan AI
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Demikian gambaran bagi McDonalds Malaysia yang terus menyemai sifat prihatin dengan menyantuni keluarga asnaf menerusi Program Ziarah anjuran McDonald's Malaysia dan MAIWP.
- Dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), McDonalds Malaysia menziarahi tiga rumah asnaf yang mempunyai anak-anak istimewa OKU bagi menghulurkan Kotak Rezeki berbentuk bantuan barangan keperluan, wang tunai serta makanan McDonalds.
- Menurut Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonalds Malaysia, Azhar Darbi, inisiatif ini bukan sekadar berbentuk bantuan, tetapi juga menjadi jambatan ukhwah antara syarikat itu dengan komuniti.
“Sebagai sebuah syarikat 100 peratus milik orang Islam, kita menjalankan tanggungjawab dan rukun Islam dengan pembayaran zakat. Jadi, pihak McDonald’s telah menyerahkan RM300,000 kepada PPZ-MAIWP pagi tadi.
“Dengan itu juga, ia menjadikan jumlah keseluruhan pengeluaran zakat korporat sebanyak RM2 juta bagi tahun ini.
“Sebanyak 100 asnaf mendapat Kotak Rezeki semasa majlis penyampaian zakat di restoran McDonald’s Presint 2 Putrajaya, dan kita juga memberikan 1,000 makanan percuma untuk komuniti setempat.
“Kami juga mengadakan program ziarah ke beberapa rumah penerima keluarga asnaf yang mempunyai anak istimewa (OKU) di bawah bantuan PPZ-MAWIP.
“Inisiatif ini bertujuan untuk kami lebih dekat dengan komuniti, agar mereka lebih kenal prinsip dan nilai sebenar McDonald’s Malaysia,” katanya ketika ditemui di ziarah di Perumahan Penjawat Awam, di sini.
Sementara itu, penerima-penerima sumbangan menzahirkan rasa syukur menerima bantuan daripada inisiatif penuh makna ini selain turut berkongsi pengalaman hidup masing-masing.

Salah seorang penerima Kotak Rezeki, Jamal Shahruddin (tujuh, kanan), bapa kepada Muhammad Darwisy Fitri Jamal, kanak-kanak yang menghidap penyakit sakit injap jantung, masalah saluran pemakanan sempit dan masalah paru-paru. - Foto McDonald's Malaysia
Salah seorang penerima Kotak Rezeki, Jamal Shahruddin iaitu bapa kepada Muhammad Darwisy Fitri Jamal yang menghidap penyakit sakit injap jantung, masalah saluran pemakanan sempit dan masalah paru-paru.
“Memang ada masalah saluran dalaman dan jantung ketika usianya masih kecil. Kami pergi ke pelbagai hospital seperti IJN (Institut Jantung Negara) dan HKL (Hospital Kuala Lumpur), dan Alhamdulillah dapat rawatan yang tepat.
“Saya juga seorang pesara, anak-anak lain masih sekolah, dengan pelbagai bantuan daripada MAIWP dan McDonald’s Malaysia ini saya amat bersyukurlah, terutama bantuan susu kerana harga mampu cecah RM900 lebih.
“Bila dengar McDonald’s nak datang bagi bantuan ini, Darwisy sangat gembira sebab dia memang suka McDonald’s. Makanan kegemaran dia ayam goreng, tambah pula yang spicy (pedas) dia sangat suka ayam goreng McDonald’s,” jelasnya.
Muhammad Darwisy Fitri yang berusia 17 tahun juga merupakan anak sulung dari enam adik beradik dan merupakan penerima bantuan am perubatan (susu khas resurge gold), penerima bantuan susu khas sejak 2015 hingga 2016, penerima bantuan enteral feeding bag 2016, penerima bantuan peralatan kesihatan iaitu mesin perfusor feeding.

Zainor Asyiqin Muhd Zaid bersama anaknya Muhammad Zill Qayyim Muhammad Za'imuddin yang menghidap penyakit Central Dystonia With Multiple Congenital Anomaly (masalah saraf otak) dan masalah paru-paru serta OKU Pendengaran. - Foto McDonald's Malaysia
Buat Zainor Asyiqin Muhd Zaid pula, bantuan Kotak Rezeki ini merupakan sebuah rahmat bagi anaknya Muhammad Zill Qayyim Muhammad Za'imuddin yang menghidap penyakit Central Dystonia With Multiple Congenital Anomaly (masalah saraf otak) dan masalah paru-paru serta OKU Pendengaran.
“Qayyim lahir pramatang, dan bila doktor buat MRI scan mendapati dia tidak normal, sehingga kini masih buat pemeriksaan kesihatan sebanyak enam bulan sekali di Hospital Serdang.
“Cabaran menjaganya? Bagi saya tiada. Dulu pernah ada masalah pernafasan dan memerlukan bantuan alat pernafasan namun, tidak lagi. Saya sangat bersyukur.
“Alhamdulillah, bantuan ini banyak meringankan beban, ini untuk rezeki Qayyim sebenarnya, jadi terima kasih semua. Saya juga dapat bantuan kerusi roda jadi amat membantu untuk naik turun rumah,” ujarnya.
Muhammad Zill Qayyim yang berusia 4 tahun merupakan anak sulung dari dua adik beradik dan merupakan penerima bantuan Perubatan Am sejak 2025 selain turut menerima bantuan lampin Drypantz (Pants) untuk tempoh setahun, bantuan susu untuk tempoh setahun, bantuan peralatan kesihatan kerusi roda dan mesin alat penyedut cecair, bantuan kecemasan (COVID-19) dan Bantuan Am IPT (isteri).

Muhammad Nuh Mubin Mahdan (kanan) dan anaknya, Nuha Humaira Muhammad Nuh Mubin (tengah) yang menghidap penyakit Celebral Palsy, kelihatan gembira selepas menerima Kotak Rezeki dan makanan McDonald's kegemaran ramai. - Foto McDonald's Malaysia
Selain itu, seorang lagi penerima bernama Muhammad Nuh Mubin Mahdan berkongsi kisah anaknya, Nuha Humaira Muhammad Nuh Mubin yang menghidap penyakit Celebral Palsy.
“Setiap pagi kami akan berikan susu, ubat dan adakan terapi pergerakan untuknya, bagi dia main dan bergerak agar otot dia tak kecut.
“Untuk sekarang ini, dia tidak boleh duduk atas kerusi roda lagi. Perkembangan sekarang, Nuha dah boleh berdiri sedikit, jadi kami harap semakin lama, dia akan boleh berdiri lebih lama.
“Gembira dan syukur dengan bantuan McDonald’s Malaysia dan MAIWP ini sebab sedikit sebanyak membantu sebab daripada segi pendapatan kami Alhamdulillah okay cuma bila ada bantuan tambahan ini ia meringankan lagi beban.
“Zakat itu wajib, syarikat-syarikat di luar sana juga kalau amalkan, dapat meringankan beban golongan seperti kami, ada lagi susah di luar sana jadi ini satu benda yang baik,” katanya.
Nuha Humaira Muhammad berusia 4 tahun dan merupakan anak tunggal serta menjadi penerima bantuan Perubatan Am sejak 2023 selain menerima rawatan di Hospital Shah Alam, Bantuan Peralatan Kesihatan seperti alat bantuan tiub pemakanan, penerima Bantuan Perubatan Am lampin sejak 2024 dan susu khas sejak 2024.
McDonald’s Malaysia berharap program komuniti ini mampu memberi inspirasi kepada masyarakat bersama-sama membantu golongan yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut berhubung program komuniti McDonald’s Malaysia layari www.mcdonalds.com.my .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami