awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ipoh tersenarai bandar dengan makanan paling underrated di Asia

Aida Aziz
Aida Aziz
28/03/2025
02:00 MYT
Ipoh tersenarai bandar dengan makanan paling underrated di Asia
Status Ipoh sebagai syurga makanan di Malaysia yang telah diperakui di persada antarabangsa terbukti apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada lapan bandar dengan makanan paling underrated (tidak banyak dibicarakan, tetapi bagus) di Asia.
IPOH: Keunikan dan kepelbagaian makanan di bandar raya Ipoh menerima pengiktirafan apabila ia disenaraikan sebagai salah satu daripada lapan bandar dengan makanan paling underrated (tidak banyak dibicarakan, tetapi bagus) di Asia.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, senarai serta pengiktirafan itu dibuat oleh majalah Tatler.
"Ia jelas menggambarkan status Ipoh sebagai syurga makanan di Malaysia yang telah diperakui di persada antarabangsa.
"Turut tersenarai ialah Fukuoka (Jepun), Hué (Vietnam), Iloilo (Filipina), Gwangju (Korea Selatan), Hualien (Taiwan), Surabaya (Indonesia) dan Luang Prabang (Laos)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Mac di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, Status Kemampanan Bandar 2024 di Perak menunjukkan 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mendapat status Mampan termasuk MBI.
"MBI juga melakar kejayaan apabila merangkul anugerah bagi pencapaian status Bandar Mampan 2024 pada Oktober tahun lalu.
"Dengan kejayaan itu, MBI sekali gus menjadi antara PBT di Perak yang menerima pengiktirafan berkenaan di bawah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#makanan paling underrated
#Ipoh syurga makanan
#Tatler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan