awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini

Bernama
Bernama
30/10/2023
23:30 MYT
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia MADANI 2023 akan diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya pada 4 dan 5 Nov ini, bermula 10 pagi hingga 11 malam. Gambar kecil: Zubaidah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia MADANI 2023 di Laman Beringin, Istana Budaya di sini pada 4 dan 5 Nov ini, bermula 10 pagi hingga 11 malam.
Ketua Pengarah Istana Budaya Zubaidah Mukhtar berkata pihaknya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa termasuk memperkasakan seni warisan dan budaya agar dapat dipelihara khususnya melalui Festival Laman Santai Malaysia MADANI 2023.
"Festival ini merupakan acara Laman Santai terbesar bagi tahun ini dengan pelbagai aktiviti dan program disediakan seperti pameran, jualan, demonstrasi, trak makanan dan persembahan oleh artis tempatan.
"Festival ini berkonsepkan santai dan terbuka sambil dihidangkan dengan pelbagai acara seni warisan dan budaya antaranya makanan warisan, bengkel muzik Borneo, demonstrasi silat, solekan, Jom Belajar Seni Budaya, persembahan barongan, kuda kepang, peragaan busana tradisional dan karaoke santai," katanya dalam kenyataan semalam.
Zubaidah berkata turut dijemput kumpulan anak seni dari Borneo seperti Tuku' Kame', Alun Menoa (Wanita Sape) dan Perintis Orkestra Tradisional Remaja Sarawak (POTRES) bagi mengetengahkan alunan muzik dan persembahan dari Sarawak, selain persembahan artis popular termasuk Datuk Hattan, Suki Low, Khai Bahar, Roy Kapilla, Rahmad Mega, Rahimah Rahim dan Haziq.
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai promosi yang disediakan oleh jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Warisan Negara, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tourism Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.
Masuk adalah percuma dan orang awam boleh melayari portal dan platfom media sosial Istana Budaya untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Budaya
#Zubaidah Mukhtar
#Festival Laman Santai Malaysia MADANI 2023
#seni budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan