awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadi lebih sihat dengan yogurt

AFP RELAXNEWS
AFP RELAXNEWS
26/01/2013
07:24 MYT
Jadi lebih sihat dengan yogurt
Menurut kajian terbaru, anda akan cenderung untuk mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang hari jika anda memulakan hari anda dengan yogurt.
Pengkaji dari Universiti Tufts di Amerika Syarikat mendapati penggemar yogurt cenderung untuk makan lebih banyak buah, sayuran, kekacang, ikan dan bijirin, menurut laporan oleh MyHealthNewsDaily.
Beliau menambah, yogurt adalah cara terbaik untuk memenuhi keperluan pemakanan nutrien yang tidak diambil oleh orang ramai.
Untuk kajian ini, pengkaji menganalisis data selama 50 tahun yang dikumpul daripada lebih 6,500 orang dewasa warga Amerika berumur lingkungan 19 ke 89 tahun. Kesemua responden menjawab 126 jenis soal selidik berkaitan diet mereka berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Lebih daripada separuh menjadikan yogurt sebagai makanan utama mereka dengan 64 peratus wanita dan 41 peratus lelaki. Jumlah purata pengambilan yogurt bagi mereka adalah lebih daripada dua cawan.
Penggemar yogurt bukan sahaja memiliki kualiti diet yang seimbang malah memiliki pengambilan kalium yang tinggi disamping mendapat vitamin B2 dan B12, kalsium, magnesium, dan zink yang mencukupi.
Hasil kajian ini diterbitkan di dalam jurnal Kajian Nutrisi.
Dalam satu kajian lain, yogurt rendah lemak didapati dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Kajian ini melibatkan lebih daripada 2,100 orang dewasa dan telah dibentangkan pada Sesi Penyelidikan Saintifik Persatuan Jantung, Tekanan Darah Tinggi Amerika tahun lepas.
Topic Berkaitan
#keperluan nutrien
#khasiat
#Yogurt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan