HARUS diakui, golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.
Kaum lelaki masa kini dilihat lebih mengikuti malah arif dalam perkembangan fesyen semasa serta berlumba menggayakan rekaan terkini.
Bagi pengasas jenama kasut dan baju lelaki Zeve, Zaid Arif Zubir, dia mengaku antara lelaki yang amat mementingkan keterampilan agar kemas dipandang setiap masa.
“Sejak dari bangku sekolah lagi saya memang tidak suka nampak selekeh. Pada pandangan saya, baik lelaki atau perempuan harus kemas dan jaga penampilan.
“Mungkin dulu kaum lelaki segan nak bergaya tetapi keadaan dah berubah.
"Kaum lelaki terutama golongan profesional lebih bersikap terbuka dan tahu apa yang mereka mahukan dalam fesyen,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Atas faktor itu juga, Zaid sedar permintaan terhadap baju dan kasut lelaki turut meningkat seiring masa.
Graduan jurusan pengurusan perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) ini memberitahu, dia mula berjinak dalam dunia perniagaan kasut lelaki sebaik tamat pengajian.
“Saya mula berniaga dari zaman di Uptown Danau Kota, Setapak sekitar tahun 2012. Lima tahun saya ‘menapak’ di sana sebelum Uptown dipindahkan ke lokasi lain.
“Masuk tahun keenam, perniagaan dah mula dapat rentak dan ada pengikut tersendiri.
"Jenama Zeve mendapat sambutan luar biasa yang mahukan rekaan setaraf dengan kasut berjenama antarabangsa," katanya.
Kongsi anak kedua dari lima beradik ini, perniagaannya sedikit terjejas ketika pandemik menyerang negara sekali gus terpaksa menutup tiga outlet berkenaan.
“Pembelian kasut dan baju masih ada ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan cuma tidak ‘meriah’ seperti sebelum ini.
“Kita faham bukan semua orang yang ada akses untuk ke pejabat melainkan frontliner. Tetapi saya agak terkejut juga jualan mencecah lima angka.
"Sehingga kini saya berterima kasih dengan pelanggan yang menyokong ketika zaman PKP kerana pembelian mereka dapat saya kekalkan pekerja,” ucapnya syukur.
Sementara itu, Zaid memberitahu dia semakin matang dalam memahami kehendak pelanggan selain banyak belajar daripada kesilapan sebelum ini.
Zaid juga bersyukur mendapat sokongan penuh dari isteri tersayang, Nadiah Nur Akmal Osman untuk terus bertahan dan kekal relevan dalam mengukuhkan jenama Zeve.
Tambahnya, jenama Zeve kini dalam proses melancarkan dompet serta sandal lelaki menjelang hujung tahun ini.
Faida Rahim
Sun Sep 18 2022
Zaid juga bersyukur mendapat sokongan penuh dari isteri tersayang, Nadiah Nur Akmal Osman untuk terus bertahan dan kekal relevan dalam mengukuhkan jenama Zeve. Gambar/Astro AWANI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.