Imej-imej terbaru yang diedarkan kepada media ini menunjukkan jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di China, yang dikatakan memegang sehingga 10 rekod dunia.

Terletak di taman negara yang menjadi inspirasi untuk filem 'Avatar' arahan James Cameron, ia dikenali sebagai 'Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge'.

Jambatan Kaca China

Jambatan ini berukuran 430 meter panjang, 6 meter lebar dan boleh menampung sehingga 800 pengunjung serentak.

Direka firma Haim Dotan Ltd. dari Tel Aviv, Israel, jambatan ini memegang 10 rekod dunia termasuk lompatan bungee tertinggi.

Jambatan Kaca China

Taman Negara Zhangjiajie terletak di utara wilayah Hunan.

Jambatan ini dijangka dibuka tidak lama lagi, menjelang musim panas tahun ini.

Jambatan Kaca China

Walaupun memegang pelbagai rekod dunia, namun jambatan kaca Zhangjiajie tidak mampu meraih gelaran sebagai jambatan kaca pertama di China.

Ini kerana jambatan kaca ada dibuka di bahagian tengah wilayah Hunan tahun lalu, dengan ketinggian hampir 180 meter. Jambatan itu menarik perhatian dunia, selepas retak hanya dua minggu selepas dibuka.


Laporan Astro AWANI pada Oktober 2015 - Jambatan kaca baru retak, pelancong lari ketakutan

Jambatan Kaca China

Jambatan Kaca China

Jambatan Kaca China

Haim Dotan

Saksikan video Jambatan Kaca Zhangjiajie di sini: