awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan buang sampah merata-rata'... Antara pesanan mulia sempena final Piala Malaysia!

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/11/2019
10:00 MYT
'Jangan buang sampah merata-rata'... Antara pesanan mulia sempena final Piala Malaysia!
Antara penyokong Kedah yang membawa plakad yang mengingatkan soal menjaga kebersihan. - Astro AWANI/Madiha Abdullah
Gelagat sekumpulan penyokong yang membawa plakad mengingatkan agar sama-sama menjaga kebersihan antara yang paling menarik perhatian dalam kemeriahan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menjadi lokasi perlawanan akhir Piala Malaysia, malam ini.
Kumpulan penyokong Kedah itu membawa beberapa poster, antaranya tertulis 'Jangan buang sampah merata-rata' dan 'Jumpa sampah tolong kutip'.
Amalan menjaga kebersihan sewaktu menonton perlawanan atau acara sukan di sesebuah venue sudah lama menjadi isu masyarakat yang dipesan berulang kali.
Rakyat Malaysia yang memenuhi stadium malam ini seharusnya menggunakan peluang untuk membuktikan bahawa hal ehwal menjaga kebersihan itu menjadi sebahagian daripada kelaziman dan jati diri.
Antara poster yang sedikit berbeza yang dibawa penyokong.@501Awani pic.twitter.com/sOBmpLwhJi
— Madi (@madhiamadani) November 2, 2019
Tepat jam 4.30 petang, pintu-pintu stadium mula dibuka dan penyokong mula beratur memasuki stadium.
Keadaan masih terkawal dan setakat ini tiada sebarang insiden tidak diingini dan semua penyokong dilihat sabar beratur menanti giliran masing-masing.
Rata-rata penyokong yang ditemui memaklumkan sudah mula berkumpul di stadium sejak jam 11 pagi tadi.
Perlawanan malam ini akan bermula jam 9 malam dan mempertemukan juara Liga Super, JDT dan juara Piala FA, Kedah.
Ia juga akan mengulangi perlawanan akhir pada 2017, di mana Johor menundukkan pesaingnya 2-0.
Pasukan manakah akan menjulang piala musim ini? Sama-sama kita saksikan!
Topic Berkaitan
#amalan kebersihan
#Bukit Jalil
#JDT
#Kedah
#Lang Merah
#penyokong
#Piala Malaysia
#rakyat Malaysia
#Stadium Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan