'Jangan cepat terpedaya. Nak cantik ada caranya' - Dr Rafidah

Khairunnisa Kasnoon
Februari 8, 2018 22:47 MYT
Pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah minta orang ramai jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang mempromosi produk-produk yang didakwa produk kesihatan termasuk produk kecantikan - Foto intagram/rafidah72
Mohon jangan tertipu!
Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang mempromosi produk-produk yang didakwa produk kesihatan termasuk produk kecantikan, ujar Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah.
“Produk 'kecantikan' kebiasaannya adalah 'makanan tambahan'. Ianya tiada kelulusan KKM danan ianya tidak boleh merawat penyakit.
"Testimoni tidak boleh dipercayai. Mohon jangan tertipu!,” tegasnya dalam muat naik twitternya.

Produk ecantikankebiasaannya adalah akanan tambahan Ianya TIADA kelulusan KKM. Dan ianya tidak boleh merawat penyakit. Testimoni tidak boleh dipercayai. Mohon jangan tertipu! pic.twitter.com/EvsDypqXDc

— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Rafidah yang prihatin dengan kecenderungan masyarakat kini terlalu ‘obses’ untuk cantik dan kurus, turut mengingatkan, promosi-promosi produk tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan yang didakwa mujarab dan memberi kesan cepat kepada penggunanya.
Antara perkataan-perkataan yang dilarang adalah anti penuaan, anti stress, peratusan, penyembuhan lengkap, berkesan (untuk ubat tradisional dan suplemen), meningkatkan fungsi organ seks, ajaib serta terbaik didunia.

Perlu di ingat, produk-produk ini tidak boleh menggunakan perkataan2 dibawah Infografik: @gucaknaubat pic.twitter.com/6l1GLfemzC

— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, untuk mempromosi makanan tambahan, ia tidak boleh menyebut rawatan apa-apa penyakit secara sewenang-wenangnya.
“Kalau ada sebut, kena ambil kelulusan pengiklanan.
"Nak buat iklan, buat betul-betul. Kena ambil kelulusan. Bukan suka-suka jer,” tegas doktor yang turut aktif sebagai anggota #MedTweetMY, himpunan Profesion Perubatan yang menjawab soalan netizen.
Dr. Rafidah turut mempersoalkan, keberanian masyarakat yang dilihat tidak langsung memikirkan kesan sampingan jangka panjang yang boleh memudaratkan.

Dan akanan tambahantidak boleh suka-suka menyebut rawatan apa-apa penyakit. Kalau ada sebut, kena ambil kelulusan pengiklanan pic.twitter.com/CD5HHshxyX

— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Nak buat iklan, buat betul-betul. Kena ambil kelulusan. Bukan suka suki je. pic.twitter.com/2NxWF7Hb2e

— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, meskipun teruja untuk kelihatan ‘menarik, putih dan langsing,’ jangan sampai terlalu percaya dengan kemujaraban suplemen tersebut membuta tuli.
“Tapi apa yang saya nampak, semua macam tak kisah saja. Yang lagi pelik, masyarakat kita percaya pulak tu. Tak takut ke telan produk-produk ni?
"Tolong lah buat keputusan yang cerdik dan betul.”

Tapi apa yang saya nampak, semua macam tak kisah saja. Yang lagi pelik, masyarakat kita percaya pulak tu. Tak takut ke telan produk-produk ni? pic.twitter.com/zHJGerHC7x

— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tolong lah buat keputusan yang cerdik dan betul.https://t.co/4KL9buhpps

— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Dr. Rafidah juga menyentuh mengenai kandungan makanan tambahan yang didakwa menggunakan buah-buahan.

roduk makanan tambahansebut dalam ingridien ada buah-buahan yang ada anti-oksiden konon. Tapi kita tahukah: 1. Berapa mg buah-buahan dalam tablet tu ? 2. Apa lagi yang mereka campur jadi tablet? TIDAK. Jadi, pendapat saya: JANGAN AMBIL RISIKO! pic.twitter.com/nk2Tc85LSP

— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Makanan tambahan: Dapatkan pandangan pakar sebelum berikan kepada bayi
Sementara itu, menerusi laman Instagram dan Facebooknya, Dr. Rafidah turut memberi peringatan mengenai produk jamu.
Katanya, produk jamu tidak memberi kesan postif kepada kesihatan, tidak merawat penyakit dan boleh memberi kerosakan pada buah pinggang.
#Instagram #kesihatan #KKM #Media #medtweetmy #perubatan #produk kecantikan