awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan samakan muka saya dengan 'mak nyah' lain - Safiey

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2017
13:26 MYT
Jangan samakan muka saya dengan 'mak nyah' lain - Safiey
Safiey menjelaskan dugaannya yang mempunyai muka seperti perempuan kadang-kala menimbulkan salah faham orang ramai. - Foto Instagram / @realsafieyilias
“JANGAN menyamakan muka saya dengan ‘mak nyah’ lain yang sudah berhijrah,” tegas pengasas barangan kecantikan dan kosmetik DSI Empire Sdn Bhd, Mohd Safiuddin Ilias, 22, atau senang dikenali sebagai Safiey.
Katanya, dia sebelum ini hampir melakukan pembedahan kosmetik di seluruh bahagian muka dan seluruh badannya.
“Pembedahan bagi membuang beberapa bahagian juga dilakukan namun bentuk yang lama masih juga ada.
“Contohnya kalau buang silikon di bahagian wajah, hanya 30 peratus sahaja mampu dibuang,” tambahnya dalam satu kapsyen dalam satu gambar yang dimuat naik di Instagram peribadinya.
BACA: Mak nyah, Nur Sajat dedah beliau sebenarnya dilahirkan khunsa
A post shared by Mohd Safiuddin Ilias (@realsafieyilias) on
Feb 14, 2017 at 11:38pm PST
Dia juga menjelaskan dugaannya yang mempunyai muka seperti perempuan kadang-kala menimbulkan salah faham orang ramai.
“Kadang-kala saya terpaksa masuk tandas OKU (Orang Kelainan Upaya), sebab takut ‘abang-abang’ lari lintang-pukang tengok ‘perempuan’ masuk tandas lelaki.
“Kalau mahu masuk tandas perempuan pula, ada yang mengenali saya. Nanti tanya saya sudah berubah ke belum. Kadang-kadang sanggup tahan sampai ke rumah untuk membuang air, ” tambah Safiey.
Lantaran itu, Safiey mengharapkan orang ramai memahami maksud penghijrahan, kerana baginya perubahan seseorang itu terletak pada hatinya dan juga amalan ibadah.
Dia turun menekankan setiap insan tidak sama ujiannya, lagi-lagi apabila kita tidak berada di tempat mereka yang melaluinya.
BACA: 'Saya bazir banyak masa di jalan maksiat, sekarang saya nak tebus' - Safiey Ilias
BACA: Bekas 'mak nyah' kongsi kisah kembali ke pangkal jalan: 'Ini jihad melawan nafsu'
Bagaimana pun, ada dalam kalangan hampir setengah juta pengikut Safiey di Instagram meninggalkan kata-kata semangat buatnya untuk meneruskan perubahan yang diinginkan.
Pengguna Instagram Jana Halim berkata kepada Safiey: “Tidak perlu fikir apa orang kata atau apa orang suka. Tapi fikirlah apa yang Allah kata dan suka.”
Sementara itu, pemilik akaun Instagram ct_hajjar turut senada dengan Jana Halim. Dia turut mendoakan agar urusan Safiey dipermudahkan Allah dan sentiasa kuat untuk menghadapinya.
“Tidak mengapa, bukankah Allah ada?” ujarnya mengakhiri komen di bahagian ruangan komen Instagram Safiey.
Topic Berkaitan
#dsi empire
#hijrah
#mak nyah
#mohd safiuddin ilias
#safiey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan