Tabiat setengah individu yang suka mendedahkan aib seseorang, menulis sesuatu yang negatif di media sosial dan melakukan 'fitnah siber' perlu dihentikan khususnya pada Ramadan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata amalan negatif itu wajar dihentikan kerana Ramadan merupakan bulan untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan mengelak daripada berbuat dosa.
"Sebagai umat Islam kita perlulah hormati bulan Ramadan ini. Kita sepatutnya menulis sesuatu yang elok daripada menulis sesuatu yang mendedahkan aib seseorang di media sosial seperti di laman Facebook, Twitter mahupun WhatsApp.
"Perbuatan itu sudah pasti membuatkan individu lain terjejas angkara kita. Jika tiada sebarang aktiviti, lebih elok andainya kita berdiam diri daripada menulis satu ayat yang bertujuan mengaibkan serta menjatuhkan maruah individu lain. Ini seolah-olah trend zaman sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata perbuatan mendedahkan aib orang lain adalah haram di dalam Islam dan diumpamakan seperti mendedahkan aurat diri sendiri.
"Mendedahkan aurat atau aib seseorang seumpama kita mendedahkan aurat kita sendiri di khalayak ramai yang mana ia haram dalam Islam. Adalah lebih baik jika kita ambil peluang dalam bulan yang mulia ini untuk membuat sesuatu yang memberi manfaat seperti membaca al-Quran, berzikir dan bersedekah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 24 2018
Perbuatan mendedahkan aib orang lain adalah haram di dalam Islam dan diumpamakan seperti mendedahkan aurat diri sendiri. -Foto BERNAMA
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
Jauhi fitnah siber di bulan Ramadan - Mufti Kelantan
Tabiat setengah individu yang suka mendedahkan aib seseorang, menulis sesuatu yang negatif di media sosial dan melakukan 'fitnah siber' perlu dihentikan khususnya pada Ramadan, kata Mufti Kelantan.