Jersi baharu Harimau Malaysia dilancar, logo FAM buat penyokong 'bertekak'

Madiha Abdullah
November 15, 2016 08:01 MYT
Pelancaran wajah baharu Harimau Malaysia ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada penyokong.Foto/Twitter Team Malaysia
JERSI baharu pasukan bola sepak kebangsaan dilancarkan pagi tadi.
Tiada lagi corak 'tiger stripes' yang sebelum ini cukup sinonim sebagai jersi utama atau home. Malah jersi kedua atau away juga berwajah baharu.
Jersi baharu ini mengetengahkan warna hitam sebagai warna paling dominan, dengan sedikit warna kuning di bahagian tepi baju dan seluar, serta di bahagian kolar.
Jersi away pula berwarna putih dengan sedikit warna biru.
Tiada sebarang corak, sebaliknya hanya logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama logo penaja, Nike, diletakkan di bahagian kiri dan kanan dada.
Pelancaran wajah baharu Harimau Malaysia ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada penyokong, khususnya di laman sosial.
Biarpun ramai yang memuji corak baharu yang lebih ringkas, namun masih ada yang tidak memuaskan hati.
Antara yang menjadi topik 'pertelingkahan' mereka adalah penggunaan logo FAM menggantikan bendera Malaysia di bahagian dada.
Ramai yang mempersoalkan relevan Jalur Gemilang diganti dengan logo tersebut.

Jersi dah lawaa tapi kenapa logo FAM ?!!?!?

— Afdz (@Afdzaluddin63) November 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jersi Malaysia baru. Apasal logo FAM?pic.twitter.com/4lOp5lWXQ2

— umar (@umar_Malaysia) November 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apa function eh logo baru harimau malaysia kalau logo fam jugak kat jersi

— Kiden (@syaeiddin) November 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kenapa pakai logo kenapa tak pakai bendera Malaysia kat jersi baru Harimau Malaya ni come on

— Leng (@_julietshah) November 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Nak nanges tgok jersi Malaysia.!!! Lagi nanges ade logo famb.!!! pic.twitter.com/2mvFa4wzkI

— NonaWallaweyh (@NonaWallaweyh) November 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jersi malaysia xde logo malaysia..ada logo FAM...ultras malaya dh boleh tukar chanting ni....Demi FAM !!!!!!/p>— Jesse Awie Lingard (@Awiroslan) November 15, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun masih ramai yang rasional dengan mengetengahkan fakta bahawa majoriti pasukan bola sepak di seluruh dunia menggunakan logo persatuan masing-masing.

Dorg ni lambang pun nak jadi isu ke? Kakakaka banyak perkara lain lagi patut risau pasal Harimau Malaya ni selain dari lambang kat jersi tu.

— Muhammad Afiq (@mhdxapt) November 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Masih ada insan yg tak memahami mengenai Nike AeroSwift (latest tech) dan juga penggunaan logo FA dan national flag pada jersi /p>— Izral Zawaki (@izrawaki) November 15, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak pelik aku rasa jersi bola letak lambang persatuan...

— Firdaus Zainal (@frdsznl) November 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Walaupun saya sering kritik FAM, namun di jersi memang wajar letak logo FA. Jika kelab, letak logo kelab. Nak tambah flag, blh letak dimana2

— Nizar Irman Nordin (@ninordin) November 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang pelik apabila logo FAM dipilih memandangkan Harimau Malaysia mempunyai logo tersendiri.
Pada pendapat mereka, apalah guna pertandingan mencipta logo diadakan jika logo yang dipilih tidak menghiasi jersi.
Menerusi laman webnya, FAM menjelaskan, penggunaan logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan banyak negara.
Sejak enam tahun kebelakangan ini, jersi pasukan negara akan ditukar setiap kali menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki.
Kejohanan dua tahun sekali itu akan bermula di Myanmar Jumaat ini.
#FAM #Harimau Malaysia #jersi #Persatuan Bola Sepak Malaysia