Jumlah kedatangan pelancong Eropah ke Melaka mencatatkan peningkatan kepada 212,524 orang pada tahun lepas berbanding 174,708 orang pada tahun 2014, berdasarkan laporan statistik yang direkodkan Tourism Melaka.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata jumlah itu dijangka terus meningkat pada tahun ini selaras dengan usaha agresif kerajaan negeri menarik kedatangan pelancong Eropah ke negeri itu termasuk menyertai World Travel Market (WTM) London pada tahun ini yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini.
Beliau berkata United Kingdom merupakan antara negara terpenting bagi pasaran pelancong dari Eropah ke Malaysia, khususnya ke Melaka, yang perlu diterokai.
"Penyertaan Melaka dalam WTM London 2016 ini merupakan platform terbaik bagi memperkenalkan Melaka di mata dunia terutama kepada masyarakat Eropah kerana ia disertai beribu penggiat industri pelancongan dunia termasuk pihak media.
"Oleh itu, kerajaan negeri akan mengambil kesempatan ini mempromosikan Melaka melalui aplikasi permainan maya yang dikenali sebagai #Melaka755 Quest iaitu aplikasi mudah alih pelancongan Destination Melaka," katanya yang akan mengetuai misi perdagangan pelancongan Melaka di WTM London 2016, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Idris berkata penglibatan Melaka di WTF London 2016 juga merupakan satu wadah penting membina jaringan perniagaan dan memulakan peluang perniagaan baharu dalam kalangan Perancang Persidangan Profesional dan Syarikat Pengurus Destinasi untuk meninjau potensi Melaka sebagai satu daripada destinasi pilihan penganjuran mesyuarat, persidangan serta insentif antarabangsa.
Katanya, WTM London yang dianjurkan setiap tahun berjaya mengumpulkan lebih 50,000 penyertaan yang mempromosikan destinasi, produk dan perkhidmatan pelancongan kepada 100,000 pengunjung perdagangan dari 182 buah negara.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 50 agensi Malaysia turut terlibat dalam program itu termasuk agensi kembara, perhotelan, pengusaha produk pelancongan dalam usaha mempromosikan pelancongan di negara ini.
"Bagi Melaka pula, antara pihak yang menyertai misi perdagangan pelancongan itu adalah Pegawai Kewangan negeri Datuk Roslan Ibrahim, wakil dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Perbadanan Ketua Menteri Melaka dan Telekom Malaysia Berhad Melaka," katanya.
Beliau berkata gerai pameran Malaysia di WTM London 2016 yang berlangsung di ExCel London dijangka akan dirasmikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2016
United Kingdom merupakan antara negara terpenting bagi pasaran pelancong dari Eropah ke Malaysia, khususnya ke Melaka, yang perlu diterokai. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung
Seperti negeri lain di Malaysia, negeri Johor juga mempunyai dialek dan bahasa kolokial yang unik dan tersendiri.
Mitsubishi Triton generasi keenam dilancar, harga bermula RM101,980
Hadir dalam lima varian, Mitsubishi Triton serba baharu ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang luar biasa serta memenuhi keperluan pengguna trak pikap, dari pengembara hingga usahawan berjaya.
PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersukan bagi sentiasa mengekalkan kesihatan.
Borak SeeNI program bual bicara terbaharu Astro Prima, Nu Ideaktiv
Borak SeeNI kini bersiaran di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi bagi membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.
Gaya hidup sihat? Jangan terperangkap dalam mentaliti senaman hebat atau diet sempurna - Kevin Zahri
Ramai terperangkap dalam mentaliti mengejar senaman dan diet sempurna untuk mencapai gaya hidup sihat.
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama
Dengan meneliti situasi sebenar di selatan Thailand, negara-negara OIC dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat pelbagai agama.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Hilang tumpuan pandangan, penyakit mata menyerang golongan muda
Trend gejala degenerasi makula dikatakan semakin menjadi-jadi dalam kalangan dewasa di bawah usia 50-an.