awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau kasut harga puluhan ribu letak di kaki, kenapa bila tudung mahal cakap riyak?'

Gempak
Gempak
08/01/2024
01:00 MYT
'Kalau kasut harga puluhan ribu letak di kaki, kenapa bila tudung mahal cakap riyak?'
Mengulas mengenai harga tudung mahal mencecah ratusan ribu ringgit, Haliza punyai rasionalnya sendiri. - Gempak
JUTAWAN tudung dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menegaskan syarikatnya masih memegang rekod tudung termahal di dunia dengan harga bernilai RM150,000 untuk sehelai tudung.
Nilai itu sekali gus memadamkan rekod sendiri pada tahun 2020 menerusi sehelai tudung berharga RM100,000.
"Bawal Exclusive masih pegang rekod tudung termahal di dunia pada tahun 2020. Apabila semakin hari semakin kreatif buat rekaan terkini, hari ini terhasilah tudung berharga RM150,000. Ia hanya sehelai sahaja," katanya kepada Gempak.
Tambah Haliza, bagaimanapun tudung berharga ratusan ribu itu enggan didedahkan nama pemilik bagi mengelakkan isu berkaitan keselamatan.
Mengulas mengenai harga tudung mahal mencecah ratusan ribu ringgit, Haliza punyai rasionalnya sendiri.
"Untuk pengetahuan apabila tudung eksklusif ini, pembelinya minta dirahsiakan.
"Di Malaysia ini biasalah, kalau pakai tudung mahal sikit cakap riyaklah, nak menujuklah.
"Sedangkan kalau kasut harga belasan ribu letak di kaki, rakyat Malaysia sangatlah bangga. Kalau beg harga puluhan ribu, kenapa tidak tudung.
"Tapi, rakyat Malaysia tak boleh nak terima lagi bahawasanya harga tudung belasan atau ratusan ribu," tegasnya. - Gempak
Topic Berkaitan
#Bawal Exclusive
#Haliza Maysuri
#tudung
#rekod tudung termahal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan