awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Alai kekal tradisi 'ketuk-ketuk' kejut sahur

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2016
06:52 MYT
Kampung Alai kekal tradisi 'ketuk-ketuk' kejut sahur
Kumpulan ketuk-ketuk bangun sahur akan mendapat 'upah' seperti roti jala dan bubur - Gambar Astro AWANI
Di Melaka, kedatangan ramadan bagi masyarakat Kampung Alai tidak lengkap tanpa penganjuran aktiviti tradisi 'ketuk-ketuk bangun sahur' yang diamalkan sejak lebih setengah abad lalu.
Walaupun tidak diketahui secara tepat sejarah awal tradisi itu, ia terus menjadi amalan bagi kira-kira 150 keluarga di kampung itu.
Lebih unik, aktiviti yang bermula dari satu sehingga akhir Ramadan ini membabitkan kumpulan kanak-kanak dan remaja.
Mereka biasanya akan berkumpul bersama dan mengetuk pelbagai barangan kitar semula seperti tin susu bagi membangunkan jiran tetangga untuk bersahur.
Aktiviti ini selalunya bermula dari pukul dua pagi. Kumpulan tersebut akan bergerak dari rumah ke rumah sambil menyanyikan lagu.
Jika bernasib baik, kumpulan ini akan mendapat 'upah' iaitu hidangan makanan ringan seperti roti jala, roti canai serta bubur daripada penduduk kampung yang menyenangi mereka.
Menurut Ahmad Fadli yang telah menetap di Kampung Alai selama 13 tahun, aktiviti ini sememangnya bermanfaat.
“Setiap kali bulan puasa, mereka akan kejutkan. Jadi, tidak perlu tengok jam,” ujarnya.
Bagi Rozaidah Ramli pula, aktiviti ini memeriahkan bulan puasa.
“Dapat bangun puasa semua anak-anak. Mudah juga,” tambahnya.
Aktiviti yang dahulunya dipelopori golongan dewasa kini diwarisi generasi muda. Justeru, penduduk kampung berharap tradisi ‘ketuk-ketuk bangun sahur’ akan dapat dikekalkan.
Topic Berkaitan
#Kampung Alai
#Ketuk bangun sahur
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan