awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK pertimbang larangan media sosial untuk kanak-kanak seperti Australia
Kasut sekolah kitar semula ungguli minggu ke-7 Innovathon 3
AR Rahman mohon maaf selepas kenyataan ‘bias komuniti’ cetus kritikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak jahit anak patung untuk bahagiakan kanak-kanak lain

Agensi
Agensi
23/02/2018
08:52 MYT
Kanak-kanak jahit anak patung untuk bahagiakan kanak-kanak lain
Charlotte telah mengumpul kira-kira $50,000 (RM190,000) melalui jualan dan hasil derma di internet sekaligus membantunya untuk mengembangkan syarikat.-Foto www.facebook.com/stitchesbycharlotte
ADA sesuatu yang istimewa tentang gadis cilik berusia sembilan tahun bernama Charlotte Gould yang menubuhkan sebuah syarikat menjahit anak patung.
Koleksi anak patung yang dihasilkan oleh syarikat yang dinamakan Stitches by Charlotte itu istimewa kerana ia ditubuhkan khas untuk kanak-kanak yang sedang menjalani pembedahan.
Charlotte sendiri pernah melalui empat pembedahan yang mendorong dirinya untuk melegakan keresahan kanak-kanak seusia dengannya melalui prosedur pembedahan yang menakutkan.
“Saya selalu membayangkan kanak-kanak di hospital memegang dan bermain dengan anak patung yang saya jahit. Sekiranya anak patung itu berjaya membuat mereka tersenyum dan mengurangkan ketakutan mereka untuk menjalani pembedahan, maka saya sudah berjaya,” katanya seperti yang dilaporkan abc.news.
Charlotte sebelum diri pernah melalui empat pembedahan yang mendorong dirinya untuk melegakan keresahan kanak-kanak seumurnya melalui prosedur pembedahan yang menakutkan
Charlotte sebelum diri pernah melalui empat pembedahan yang mendorong dirinya untuk melegakan keresahan kanak-kanak seumurnya melalui prosedur pembedahan yang menakutkan
Sebagai seorang anak kecil, Charlotte menjalani empat pembedahan kerana dilahirkan dengan lipatan bibir dan palet.
Asas dasar itu, dia terpanggil untuk 'menghiburkan' sekali gus mengurangkan ketakutan kanak-kanak yang ingin menjalani pembedahan.
Dia sehingga kini telah mengumpul kira-kira $50,000 (RM190,000) melalui jualan dan hasil derma di internet sekaligus membantunya untuk mengembangkan syarikat.
Bagi Charlotte, sumbangan yang diberikan tidak hanya sekadar angka. Ia adalah tentang bagaimana sumbangan berkenaan mampu memberikan senyuman kepada kanak-kanak yang menurutnya lebih berharga dari segalanya.
Sumbangan yang diberikan tidak hanya sekadar angka tetapi tentang bagaimana sumbangan berkenaan mampu memberikan senyuman kepada kanak-kanak
Sumbangan yang diberikan tidak hanya sekadar angka tetapi tentang bagaimana sumbangan berkenaan mampu memberikan senyuman kepada kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#anak patung
#Charlotte Gould
#Hospital
#jahit
#Kanak-kanak
#online
#perniagaan atas talian
#rawatan
#Stitches by Charlotte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan