GAYA HIDUP

Kapten Batik: Butik 'flagship' bawa pengunjung beli-belah seperti dalam resort

Asyraf Malik 04/11/2025 | 12:45 MYT
Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) menyempurnakan upacara memotong reben sempena majlis pelancaran butik Kapten Batik di ibu negara pada Selasa. - Gambar Astro AWANI/Ikqwan Lee
KUALA LUMPUR: Kapten Batik terus memperkukuh kedudukan dalam industri fesyen tempatan menerusi pelancaran butik premium terbaharu di The Gardens Mall, di sini pada Selasa.

Butik seluas 1,800 kaki persegi yang membawa elemen kontemporari ini mendapat sentuhan firma konsultasi reka bentuk dalaman, Matthew Lim Associates, selangkah ke dalam seperti di rumah peranginan.

Ketua Operasi Kapten Batik, Mohammad Faizal Abu Talib berkata butik ini menggabungkan suasana tropika dan unsur perniagaan di bawah satu premis.

"Hanya kami sahaja di The Gardens Mall ini yang memperkenalkan konsep sebegini, berbeza daripada kebanyakan kedai.

"Kami menjanjikan sesuatu yang unik kepada pelanggan baharu dan lama, mereka pasti teruja singgah ke butik ini," ujar Faizal ketika majlis pelancaran, di sini pada Selasa.

.


.


.


Satu pengalaman berkualiti apabila diri berasa tenang ketika menjamu mata melihat koleksi pakaian, semuanya hasil pencahayaan lembut, dinding dicat dengan tekstur krim dan kehadiran tumbuh-tumbuhan hijau.

Tambah Faizal, cawangan utama di The Gardens Mall ini juga menampilkan koleksi lengkap yang diketengahkan Kapten Batik.

"Dekat sini kita ada semua koleksi, mungkin butik kami di tempat lain tiada. Kita ada linen, activewear, polo shirts dan sudah tentunya baju batik.

"Koleksi Maharaja kami juga lebih ke arah corak resort, kena dengan tema butik kami. Harga semua koleksi ini bermula serendah RM279 sehingga lebih RM2,000," kata Faizal.

Majlis pelancaran butik turut disempurnakan dengan upacara memotong reben sebagai simbolik oleh Puteri Selangor, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah.




#Kapten Batik #Batik moden #suasana tropika #Rumah Peranginan