Kawal denyutan, ini formula untuk anda kira had denyutan jantung!

Hafizi Rosli
Disember 30, 2019 07:07 MYT
Kawal denyutan jantung elak serangan jantungan secara tiba-tiba. - Gambar hiasan
Biasa kita mendengar ada beberapa kes sebelum ini mengenai mereka yang maut ketika bersukan seperti sewaktu bermain bola sepak dan badminton.
Salah satu faktornya adalah berpunca dari kegagalan jantung berfungsi dengan baik.
Jelas Pengarah Klinikal Kegagalan Jantung dan Pemindahan Jantung, IJN, Datuk Dr Mohd Azmee Ghazi apa yang dimaksudkan kegagalan jantung berfungsi dengan baik ini adalah disebabkan, denyutan jantung melebihi had maksimum seseorang individu.
Dengan menggunakan jam pintar yang dapat mengira jumlah denyutan anda, ini formula yang anda perlu ketahui!
Denyutan jantung maksima: 220
Peratusan Peringkat Senaman
55-65% untuk peringkat permulaan (beginner).
70-85% untuk peringkat sederhana (intermediates) ke tinggi (advance).
Formula: (Degupan jantung Maksima (220) - (Umur Kita)) x Peratusan Peringkat Senaman!
Contoh untuk senaman peringkat tinggi
(220 - 35) x 85% = 185 x 85% = 157 denyutan seminit
Namun jelas Datuk Dr Mohd Azmee, sekiranya seseorang individu itu melepasi tahap berkenaan, mereka harus mengurangkan intensiti senaman supaya denyutan dapat dikurangkan.
#badminton #Bersenam #bola sepak #denyutan jantung #IJN #jantung #kegagalanjantung #maut #sukan #umur