LIFESTYLE
Keliru mana satu ubat, wanita ini panik tertelan fon telinga!

Wanita dikenali sebagai Carli itu menjelaskan dia pada awalnya perlu mengambil ubat tahan sakit yang dikenali sebagai Ibuprofen. - Astro Gempak
SEORANG pengguna TikTok berkongsi detik mencemaskan apabila dia tertelan fon telinga selepas menyangkakan ia adalah ubat tahan sakit.
Menerusi satu video di TikTok, wanita dikenali sebagai Carli itu menjelaskan dia pada awalnya perlu mengambil ubat tahan sakit yang dikenali sebagai Ibuprofen.
Namun, pada masa sama, dia juga sedang menggenggam fon telinga atau AirPod pada tangan kirinya.
Mungkin disebabkan kurang sihat, dia terus menelan fon telinga tersebut, sekali gus membuat satu kesilapan besar.
“Tangan kanan saya ada Ibuprofen manakala kiri saya ada Airpod. Tapi bila saya telan dan minum air, baru saya sedar, bukan ubat yang saya telan.
“Saya cuba untuk muntah beberapa kali tapi tidak berjaya,” katanya yang berasal dari Boston.
Tambahnya, biarpun panik, namun fon telinga tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan secara semula jadi.
Namun, apa yang lebih mengejutkan, sewaktu berada di dalam perut, fon telinga itu masih ‘bersambung’ dengan telefon pintarnya.
“Imbasan X-ray sudah pun saya buat dan tiada sebarang kerosakan pada bahagian atau organ dalaman,” katanya.
Anda boleh lihat video Tik Tok tersebut di bawah:
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami