awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kematian tanpa sebab, jangan cepat kaitkan unsur mistik' - Doktor forensik

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/05/2016
10:11 MYT
'Kematian tanpa sebab, jangan cepat kaitkan unsur mistik' - Doktor forensik
Masyarakat lebih gemar kaitkan unsur mistik apabila berdepan perkara luar kebiasaan - Abdul Rahman
SEPERTI bangsa lain di seluruh dunia, bangsa Melayu juga tidak terkecuali daripada memiliki kepercayaan dan dongeng tersendiri.
Walaupun kebanyakannya adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat berkenaan satu-satu perkara, namun adakalanya kewarasan dan logik pemikiran lebih diperlukan, apatah lagi apabila sesuatu itu dapat diperjelas melalui sains dan perubatan.
Itu yang cuba disampaikan oleh doktor, Abdul Rahman Abdul Kadir yang berkongsi satu kejadian aneh yang diceritakan oleh rakannya yang juga bertugas dalam bidang perubatan forensik.
Kes berkenaan agak unik dan luar biasa kerana membabitkan kematian tiga beradik tanpa diketahui sebab-musababnya.
Malah bedah siasat yang dijalankan juga gagal mengesan sebarang kelainan pada mereka yang boleh menyebabkan kematian.
Lebih membingungkan, ketiga-tiga mereka meninggal dunia di sekolah yang sama.
Lantas, ada yang mula mengaitkan situasi itu dengan fenomena mistik seperti hubung kait dengan jin dan hantu.
"Lebih ditambah perisa, datangnya 'bomoh' yang mengatakan bahawa keturunan mereka mungkin telah disumpah dek dosa nenek moyang hingga tidak boleh menjejakkan kaki ke tapak sekolah tersebut," jelas Abdul Rahman.
Persoalan yang berlegar menemui jawapan apabila ujian genetik dijalankan.
Daripada ujian itu, tiga beradik tersebut dikesan mengalami kecacatan genetik yang berkemungkinan Long QT Syndrome atau Brugada Syndrome.
Kecacatan genetik ini akan menyebabkan kelainan pada laluan elektrik jantung dan boleh menyebabkan pesakit meninggal dunia mengejut akibat renjatan jantung.
Sebelum mengakhiri perkongsiannya, Abdul Rahman sempat berpesan agar orang ramai tidak terlalu taksub dengan kisah tahyul dan mistik.
"Dikatakan seolah-olah keberkatan sudah hilang. Bumi, lautan dan langit juga kononnya tidak suka pada kita. Sedangkan ia hanyalah ujian Allah ke atas orang-orang yang beriman," katanya.
Topic Berkaitan
#Brugada Syndrome
#doktor forensik
#Long QT Syndrome
#mistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan