Kenali Ake, kucing unik penghuni stesen trem

Madiha Abdullah
Mei 12, 2015 14:53 MYT
Ake tidak gemar pulang ke rumah sebaliknya lebih selesa menetap di sebuah stesen trem. - Facebook Trampoes
Mari berkenalan dengan Ake, kucing comel yang punya kisah hidup yang unik.
Ake merupakan haiwan peliharaan, namun apa yang pelik, Ake tidak gemar pulang ke rumah sebaliknya lebih selesa menetap di sebuah stesen trem di bandar Rotterdam-Kralingen, Belanda.
Si comel ini sudah menjadikan stesen trem itu sebagai kediaman rasminya selama 10 tahun dan hanya sekali-sekala akan mengikut tuannya pulang.

acebook´ https://t.co/0CrkNcMtBP 0#10;http://t.co/sOPrD2y9Fz pic.twitter.com/MuEm8055h2

— matrix (@matrix____) April 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kralingen사고Ake트정노걸 그팬개 사Ake찍사인있 https://t.co/6f1eHuo60Y pic.twitter.com/dQrySMk7o3

— EFGH (@cat_said) April 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada kalanya, Ake akan turut menaiki trem dan kebiasaannya, pemandu trem akan menghantarnya pulang ke stesen tersebut.
Menjadi penghuni tetap stesen trem itu, tidak hairanlah Ake punya tempat duduk khas yang hanya boleh dihuni olehnya.

De trampoes, leeft ergens in #Rotterdam, en heeft een plekje gereserveerd bij de #ret pic.twitter.com/AK6zJahhAL

— Joop van der Snap (@_snappie_) April 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan itu sahaja, Ake kini semakin popular bukan sahaja di Belanda, tetapi seluruh dunia juga. Kisah Ake pernah diberi liputan oleh banyak stesen TV tempatan dan sudah beberapa kali muncul di akhbar-akhbar tempatan.
Ake juga sering menghiasi foto selfie penumpang trem yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengannya. Ake kini sudah memiliki lebih 25,000 'likers' di laman Facebooknya, Tram-Poes.
Melalui satu status di laman Facebook tersebut, pemilik Ake memberitahu Ake menghadapi masalah pencernaan yang agak kronik. Kerana itu, pemilik yang enggan dikenali itu meminta agar orang ramai tidak memberi Ake makan kerana kucing kesayangannya itu memerlukan diet yang khusus.
#binatang peliharaan #PET