Kenali Dilraba Dilmurat, pelakon keturunan Uighur yang diiktiraf wanita tercantik Asia

Astro Awani
Oktober 3, 2021 04:00 MYT
Dilraba Dilmurat merupakan pelakon yang cukup terkenal dan mencipta sensasi tersendiri di Tanah Besar itu. - Instagram/dear_dlrb
MEREKA yang mengikuti perkembangan industri hiburan di China pastinya sudah biasa mendengar nama ini.
Dilraba Dilmurat, juga dikenali dengan nama Dili Reba, merupakan pelakon yang cukup terkenal dan mencipta sensasi tersendiri di Tanah Besar itu.
Dikurniakan seraut wajah yang disifatkan ramai sebagai cukup sempurna, tidak hairanlah wanita berdarah Uighur ini pernah diangkat sebagai wanita tercantik Asia pada 2018.
Tahun ini, drama "You Are My Glory" lakonan Dilraba bersama aktor Yang Yang berjaya mencipta fenomena di seluruh Asia.
Siri itu yang ditayangkan di sebuah platform penstriman, mencatat tontonan keseluruhan lebih 2 bilion.
Bagi anda yang baru mahu mengenali si cantik ini, berikut dikongsikan beberapa fakta tentang beliau.

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !

#Dilraba Dilmurat #Uighur #Dili Reba #wanita tercantik Asia