[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
LIFESTYLE

Kenali istiadat unik perkahwinan diraja Brunei

Astro Awani 09/01/2024 | 00:00 MYT
Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari, dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari. - Foto Instagram/tmski
ISTIADAT pernikahan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah Adam bakal berlangsung Khamis ini.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari.
Menanti tarikh keramat untuk melihat pasangan dua sejoli ini disatukan, mari kita ambil tahu serba sedikit di sebalik adat-istiadat yang telah dan bakal berlangsung.
Istiadat Besuruh Diraja Brunei
Istiadat ini hanya akan berlangsung apabila perundingan antara kedua belah pihak bakal pengantin telah dipersetujui.
Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga
Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga
Diwarisi sejak zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah dan Sultan Sharif Ali.
Gendang Jaga-jaga mengandungi lima jenis irama iaitu Gendang Perang, Gendang Raja Lalu, Gendang Arak-Arakan, Gendang Alih-Alihan Tengah dan Gendang Alih-Alihan Ujung.
Gendang Jaga-jaga juga memainkan tiga lagu Serunai iaitu Kudidi, Sangga Bunuh dan Liu-Liu.
Istiadat menghantar tanda dan tanda pertunangan
Istiadat menghantar tanda dan tanda pertunangan
Istiadat pengesahan pertunangan calon pasangan pengantin diraja.
Istiadat ini mempunyai tiga peringkat iaitu menghantar tanda diraja, menghantar tanda pertunangan diraja dan menerima tanda dan tanda pertunangan.
Susulan daripada istiadat ini ialah kemuncaknya iaitu Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja, Majlis Bersanding Pengantin Diraja dan Majlis Persantapan Diraja.
Istiadat Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga
Adat untuk menutup semua acara, dimulai dengan bacaan zikir, diikuti tembakan meriam kesultanan Brunei.
Adat ini juga diiringi Gendang Arak-Arakan, dan diakhiri dengan membokar dan membuka perhiasan.
#perkahwinan diraja Brunei #Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah #Dayang Anisha Rosnah Adam #adat istiadat