awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenali kualiti durian... apa itu Gred Premium, 1 dan 2

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2020
04:00 MYT
Kenali kualiti durian... apa itu Gred Premium, 1 dan 2
Durian Musang King sering diburu penggemar durian. -fotoBernama
MUSIM durian tiba lagi!
Biarpun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun pastinya ia bukan penghalang bagi penggemar durian mencari citarasa yang terbaik.
Digelar "Raja Segala Buah", durian yang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia ini mempunyai kelasnya tersendiri.
Tetapi, tahukah anda tentang pengkelasan durian? Bagaimana pula dengan kualitinya?
Kenali Durian
- Nama botaninya ialah Durio zibethinus L dan merupakan daripada keluarga Bombacaceae.
- Banyak ditanam di Asia Tenggara dan di Malaysia, kawasan penanaman utama ialah Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Perak.
- Ia mengandungi khasiat seperti fosforus, kalsium, kalium dan vitamin C.
- Kematangannya adalah semulajadi, di mana ia akan gugur dari pokok apabila sudah masak.
- Bau dan aroma yang kuat antara faktor yang menunjukkan buah sudah matang dan sesuai dimakan.
- Terdapat pelbagai jenis durian di Malaysia tetapi klon yang disyorkan ditanam secara komersial ialah D24, D101 dan D197 (Musang King).
Kenali apa itu durian gred Premium, 1 dan 2.
Kenali apa itu durian gred Premium, 1 dan 2.
Tiga Spesifikasi Gred Durian
Gred Premium
Antara ciri utama: Tiap-tiap buah mesti mempunyai empat pangsa yang berisi, duri sempurna (tidak patah atau pecah), buahnya pula bebas kecacatan (kecuali kecacatan yang tidak menjejaskan rasa dan kualitinya).
Gred 1
Antara ciri utama: Tiap-tiap buah mesti mempunyai tiga pangsa yang berisi, duri sempurna hanya dengan sedikit pecah sahaja di hujung, kecacatan dibenarkan namun mestilah tidak menjejaskan rupa, rasa dan kualiti dalaman.
Gred 2
Antara ciri utama: Tiap-tiap buah mesti mempunyai dua pangsa yang berisi, kecacatan yang tidak jelas boleh diterima tetapi mestilah tidak memberi kesan kepada isi buah.
Sumber: FAMA
Topic Berkaitan
#Asia Tenggara
#D101
#D197
#D24
#durian
#fosforus
#gred durian
#kalium
#kalsium
#Malaysia
#Musang King
#Raja Segala Buah
#vitamin C
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan